Michelle Yeoh ucap terima kasih buat Raja, Permaisuri Malaysia

PELAKON kelahiran Ipoh, Perak Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi anak Malaysia merangkul trofi berprestij Golden Globe Awards menzahirkan ucapan terima kasih buat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Michelle atau nama sebenarnya, Michelle Yeoh Choo Kheng merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat para pemimpin Malaysia.

“Terima kasih buat rasa cinta dan ucapan tahniah daripada keluarga dan rakan-rakan seluruh dunia.

“Raja, Permaisuri dan Perdana Menteri serta para pemimpin di Malaysia.

“Keluarga besar (extended) di Hong Kong dan China. Rasa syukur saya yang sangat tinggi. Itulah sebab di mana perjalanan saya sebagai aktres bermula yang membawa saya ke tahap sekarang,” katanya menerusi satu hantaran status Instagram.

Semalam, Michelle yang menempa nama di Hollywood mencipta sejarah apabila menjadi orang Malaysia pertama memenangi trofi Golden Globe Awards.

Michelle merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Muzikal atau Komedi untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.

Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan menewaskan aktres hebat Hollywood lain seperti Lesley Manville, Margot Robbie, Anya Taylor-Joy dan Emma Thompson. – KOSMO! ONLINE

The post Michelle Yeoh ucap terima kasih buat Raja, Permaisuri Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*