Miliki Suara ‘Sebiji’ Macam Ella, Wanita Selamba ‘Tarik’ Lagu “Pengemis Cinta” Buat Ramai Kagum

suara sebiji macam ella

Miliki Suara ‘Sebiji’ Macam Ella, Wanita Selamba ‘Tarik’ Lagu “Pengemis Cinta” Buat Ramai Kagum

Ramai manusia di atas muka bumi ini mempunyai pelbagai jenis bakat. Ada yang mempunyai bakat kreatif seperti melukis dan menyanyi, ada juga yang berbakat dalam bidang menulis atau memasak.

Bakat ini merupakan kurniaan terbesar Allah SWT kepada seseorang manusia, terpulang kepada kita untuk menggunakannya ke arah kebaikan atau sebaliknya.

Bakat nyanyian mungkin dimiliki oleh ramai orang di atas muka bumi ini. Tetapi bakat nyanyian yang sama persis penyanyi asal sesebuah lagu sangat jarang dimiliki.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pengguna akaun TikTok @ijaizati37.

Menerusi perkongsian video tersebut, wanita itu sedang menyanyikan sebuah lagu legenda penyanyi ratu rock Malaysia, Ella Aminuddin.

Kredit TikTok

Yang lebih menarik ialah, ton suara wanita itu sama persis dengan penyanyi Ella tersebut.

Dalam perkongsian itu, wanita tersebut dilihat sedang menyanyi sebuah lagu bertajuk ‘Pengemis Cinta’ di sebuah kawasan terbuka yang berbumbung.

Kredit TikTok

Malah wanita asal Sabah itu juga dilihat bernyanyi dengan kelengkapan lengkap audio dan mikrofon seperti di sebuah tempat karaoke.

Suka menyanyikan lagu-lagu Ella

Melihat perkongsian lain di akaun TikTok wanita tersebut, ternyata wanita itu memang suka membuat ‘cover’ lagu nyanyian daripada penyanyi Ella.

Perkongsian wanita itu telah menjadi tular dan sehingga kini ia telah ditonton lebih lima juta tontonan pengguna media sosial tersebut.

Muat naik video itu juga telah mendapat komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial.

BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Ella kah niee… Idol suara sebiji macam penyanyi asal. Salam dari Sabah kak,” tulis seorang netizen yang turut sedar akan persamaan suara wanita tersebut.

“Ya Allah… Ini salah satu cover Ella paling terbaik setakat ni. Memang terbaik. Aku salute weii,” tulis seorang lagi yang memuji nyanyian wanita tersebut.

“Rindu dengar suara ni. Lagu ni lah saya selalu dengar masa kecil-kecil dulu,” tulis seorang lagi yang mengimbau kenangan lalu sewaktu mendengar nyanyian wanita ini.

@ijaizati37

Membalas kepada @Mr Chikuzai #fypシ゚viral #sabahantiktok

♬ bunyi asal – Itchaa – Itchaa🐝

Sumber: TikTok/@ijaizati37

The post Miliki Suara ‘Sebiji’ Macam Ella, Wanita Selamba ‘Tarik’ Lagu “Pengemis Cinta” Buat Ramai Kagum appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*