China Lancar Talian Internet Terpantas Di Dunia, 1.2 Terabit Persaat

China Dedah Dapat Hasilkan Talian Internet Terpantas Di Dunia

China Lancar Talian Internet Terpantas Di Dunia, 1.2 Terabit Persaat

China dilapor melancarkan talian internet yang digelar sebagai termoden di dunia dan beberapa kali ganda lebih pantas daripada talian sedia ada, lapor CNN.

Menurut Huawaei, kelajuan internet berkenaan mencapai 1.2 terabit (atau 1,200 gigabit) persaat. Kadar kelajuan berkenaan cukup pantas untuk memindahkan data daripada 150 filem dalam masa satu saat sahaja.

Bagaimana pun, kadar kelajuan berkenaan ketika ini masih bersifat teoretikal dan pengguna mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Namun begitu, perkhidmatan internet yang lebih mantap dan pantas akan memberikan kesan positif terhadap beberapa perkhdimatan.

Antaranya seperti urusan perniagaan, pemindahan maklumat yang lebih pantas, kelebihan dari sudut dagangan saham dan keselamatan siber.

Dalam sidang media pelancaran yang diadakan pada minggu ini, Huawei dan China Mobile berkata teknologi berkenaan akan menjadi tulang belakang bagi perkhidmatan talian negara tersebut untuk generasi akan datang.

Difahamkan, teknologi ini juga dibangunkan bersama dengan Beijing’s Tsinghua University dan Cernet, iaitu rangkaian pendidikan dan penyelidikan yang dibiayai oleh kerajaan China.

Dijangka akan dilancarkan dua tahun lebih awal daripada perancangan

Rangkaian tulang belakang ini merupakan infrastruktur yang akan menggerakkan trafik internet ke lokasi-lokasi dengan geografi yang berbeza-beza.

Selain itu, rangkaian ini juga mampu menyokong pemindahan teknologi yang menelan banyak data seperti 5G dan kenderaan elektrik.

Rangkaian baharu ini dihubungkan oleh fiber optik sepanjang 2,897 kilometer antara Beijing dengan selatan China.

Sungguhpun begitu, kenyataan tersebut tidak berkongsi bagaimana rangkaian tersebut akan dikembangkan ke seluruh negara.

Menurut CNN, operasi rangkaian ini sudah pun bermula selepas fasa ujian diadakan pada musim panas, dua tahun lebih awal daripada jangkaan pakar.

China percaya teknologi ini bakal meletakkan negara tersebut sebagai ‘negara kuasa siber’ dan mempercepat perkembangan teras teknologi internet.

Pengumuman itu juga dibuat menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dengan Xi Jinping di San Francisco.

BACA: Rupanya Tak Sama, Ini Cara Nak Tanam Untuk Dapatkan Sama Ada Daun Bawang Atau Bawang Sahaja

Sumber: CNN

The post China Lancar Talian Internet Terpantas Di Dunia, 1.2 Terabit Persaat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*