Modus Operandi Kartel Beras Dibongkar

modus operandi kartel

Modus Operandi Kartel Beras Dibongkar

Satu modus operandi kartel yang menggunakan beras hancur sebagai beras tempatan telah dibongkarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh, lapor Sinar Harian.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata kartel beras tersebut telah menjual beras hancur itu dengan harga bukan kawalan.

Muhammad Akmal sebelum ini membuat perbandingan antara beras super spesial tempatan (SST) dengan beras hancur dan mendakwa kartel menukar beras tempatan kepada beras hancur.

“Disebabkan beras hancur boleh dijual dengan bukan harga kawalan, maka kartel beras ini telah menjual beras standard dengan harga beras hancur.

“Jika harga beras tempatan ditetapkan pada RM2.60 per kg (/kg) tetapi kartel ini telah menjual dengan harga RM3.4/kg apabila menukarkan bil jualan mengikut harga beras hancur.

“Inilah antara pengkhianat yang menekan rakyat,” katanya pada Isnin.

Dalam pada itu, Muhammad Akmal berkata tindakan itu telah mengkhianati semua pihak kerana pelbagai subsidi telah diberikan oleh kerajaan bagi memastikan beras tempatan dijual dengan harga mampu milik.

“Beras tempatan ada, tetapi ia telah dikhianati oleh puak-puak ini dan akhirnya rakyat yang menderita. Apakah solusinya?

“Penguatkuasaan yang ketat dan secara total perlu dilakukan! Lembaga padi dan beras perlu diwujudkan semula.

“Jangan ingat kilang di luar Melaka kita tiada maklumat, nasib baik kilang ini di luar Melaka, jika dalam Melaka memang siap kena sita. Ini baru satu, ada banyak lagi pendedahan akan kita lakukan.

“Selagi mana ia adalah hak rakyat, selagi itu kita akan pertahankan dan lawan,” ujarnya.

BACA: Bekalan Beras Putih Tempatan Mencukupi, Rakyat Selangor Tidak Perlu Panik – Amirudin

Terdahulu, Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad meminta kerajaan untuk melaksanakan monopoli atau pasaran terbuka.

Beliau turut meminta agar kerajaan tidak memihak kepada kartel berhubung isu bekalan beras yang tidak mencukupi.

Menurutnya, kerajaan mempunyai dua pilihan untuk mengatasi isu tersebut dengan melakukan pasaran terbuka.

Ia bertujuan dapat membaiki pasaran, di mana kilang dan pemborong bukan kartel dapat menambah bekalan mereka.

Sumber: FB Muhammad Akmal, Sinar Harian

BACA: Ramai Bising Isu Beras Mahal & Bekalan Tak Cukup, Pesawah Ini Jelaskan Sendiri Situasi Terkini Tentang Bekalan Beras

The post Modus Operandi Kartel Beras Dibongkar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*