Mogok: Empat Lapangan Terbang Jerman Batalkan Penerbangan

mogok lapangan terbang jerman

Mogok: Empat Lapangan Terbang Jerman Batalkan Penerbangan

Sebanyak empat lapangan terbang di Jerman telah membatalkan penerbangan susulan mogok 24 jam yang dilakukan oleh kakitangan keselamatan, lapor Alarabiya News.

Difahamkan pembatalan itu membabitkan sebanyak 350 penerbangan terjejas, menurut sumber kesatuan terbabit.

“Seseorang (pihak tertentu) perlu menjangkakan masa beratur (mogok) yang lebih lama,” memetik satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Wakil Kesatuan Sekerja Sektor Perkhidmatan Jerman Verdi telah mendesak kakitangan keselamatan untuk mengadakan mogok berkenaan.

Tindakan itu dibuat kerana kesatuan tersebut mendesak untuk pihak berkaitan memberikan gaji dan syarat yang lebih baik kepada mereka.

Persatuan lapangan terbang ADV berkata, pembatalan penerbangan dijangka berlaku di lapangan terbang Berlin, Bremen, Hamburg dan Hannover yang membabitkan kira-kira 100,000 penumpang.

Ketua Pengarah ADV Ralph Beisel menyifatkan tindakan itu sebagai penderaan kerana lapangan terbang pada ketika ini bergelut untuk kembali operasi ke kapasiti penuh berikutan pandemik Covid.

Difahamkan juga, Verdi berharap agar gaji bagi syif malam dan hujung minggu dibayar dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Bekerja 24/7, tujuh hari seminggu memberikan kesan negatif terhadap kehidupan keluarga.

“Keadaan kerja mesti menjadi lebih baik supaya pekerja yang sedia ada akan lebih bersedia untuk melakukan kerja (tugas) yang diberikan,” kata kesatuan itu.

BACA: Penerbangan Ditunda Atau Dibatalkan? Anda Berhak Tuntut 3 Jenis Pampasan & Ini Caranya

Verdi gesa mogok pada 13 Mac

Sebelum ini, Trt World melaporkan, Verdi telah menggesa untuk melakukan mogok pada 13 Mac di empat lapangan terbabit.

Verdi berkata ia menyeru kakitangan keselamatan untuk mogok di lapangan terbang Berli kerana pertikaian mengenai gaji untuk syif malam, hujung minggu dan cuti bank yang telah berlangsung selama bertahun-tahun.

“Verdi meminta bayaran yang sesuai untuk kakitangan keselamatan penerbangan yang bekerja pada masa yang tidak diingini.

“Gaji tidak bertambah baik sejak 2006 dan kami telah berunding secara langsung dan tidak langsung sejak 2013,” memetik satu kenyataan.

Menurut salah seorang wakil Verdi, banyak keluarga telah kehilangan wang dalam beberapa tahun lalu akibat inflasi dan coronavirus.

Bulan lalu, majoriti penerbangan di lapangan terbang serantau Duesseldorf dan Cologne Bonn Jerman telah dibatalkan susulan mogo yang dilakukan Verdi.

Mogok itu menjejaskan hampir 300,000 penumpang dan menghentikan 2,300 penerbangan.

Sumber: AFP via Alarabiya News

The post Mogok: Empat Lapangan Terbang Jerman Batalkan Penerbangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*