MOTAC Batal Lesen Syarikat Emraz Travel & Tours

motac batal lesen emraz

PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membatalkan lesen sebuah syarikat pengendali pakej umrah Emraz Travel & Tours Sdn Bhd kuat kuasa 11 Mac ini.

MOTAC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Menurut MOTAC, ini kerana syarikat tersebut didapati telah melanggar syarat lesen dan peruntukan Akta 482 serta menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.

Bermula sekitar November tahun lepas, pihak polis telah menerima ratusan laporan polis berhubung dakwaan kes penipuan pakej umrah membabitkan syarikat itu.

Setakat ini, dua pengarah syarikat berkenaan yang merupakan sepasang suami isteri telah dihadapkan ke mahkamah berkaitan kes itu.

Sumber: BERNAMA

The post MOTAC Batal Lesen Syarikat Emraz Travel & Tours appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*