MUDA Akan Kukuhkan Kerjasama Dengan Parti Luar Negara – Amira Aisya

MUDA kerjasama parti luar

MUDA Akan Kukuhkan Kerjasama Dengan Parti Luar Negara – Amira Aisya

Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz dalam satu sidang media khas hari ini berkata, parti politik itu tidak bergerak secara keseorangan sebaliknya bakal mengukuhkan lagi kerjasama dengan parti-parti di luar Malaysia.

“Untuk 100 hari saya memegang jawatan sebagai pemangku presiden MUDA, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan rakan-rakan politik di rantau Asia Tenggara.

“Untuk makluman semua, perjumpaan itu telahpun saya mulakan dengan berjumpa dengan rakan Move Forward Party dari Thailand, di mana dalam perjumpaan tersebut, beberapa perbincangan untuk berjalan ke hadapan MUDA dan Move Forward Party telah dibincangkan.

“Dan kita akan berjumpa sekali lagi untuk memeteraikan beberapa kerjasama secara rasmi antara MUDA dengan Move Forward Party,” katanya.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Bukan itu sahaja, Amira juga memberitahu parti berkenaan kini merancang untuk mengadakan pertemuan dengan salah satu parti dari Indonesia, Partai Solidaritas Indonesia. Ia bagi membentuk satu kerjasama utuh antara kedua-dua parti.

Tambah Amira, langkah ini bukan sahaja menunjukkan komitmen MUDA dalam mengangkat nama parti malah mengangkat nama negara di rantau Asia Tenggara.

Perjumpaan Bersama Kedutaan Asing Di Malaysia

Mengulas lebih lanjut, Amira berkata beliau juga bakal mengadakan perjumpaan dengan rakan-rakan kedutaan asing yang berada di dalam negara berhubung isu diplomatik dan hubungan antarabangsa.

“Menerusi perjumpaan ini, saya juga bersama rakan-rakan pimpinan akan menyampaikan hasrat dan aspirasi MUDA terhadap seluruh rakyat tentang beberapa isu-isu antarabangsa terutamanya isu yang paling hangat yang sedang berlaku sekarang, isu Palestin.

“Jadi ini adalah beberapa perancangan yang telah ditetapkan oleh Parti MUDA pada 17 November tempoh hari dan akan kami jalankan dengan serta-merta,” ujarnya lagi.

Setiap perancangan parti tersebut juga telah diisi dengan ahli-ahli jawatankuasa kecil khususnya dalam agenda rejiminasi parti.

Ketika ditanya mengenai individu berkelayakan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau menjelaskan masih ramai individu yang berkelayakan dalam parti MUDA yang mampu memimpin parti itu untuk bergerak ke hadapan.

https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=362289396160923

Sumber: Parti MUDA Malaysia

The post MUDA Akan Kukuhkan Kerjasama Dengan Parti Luar Negara – Amira Aisya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*