Terima Ancaman Bom, Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu Dikosongkan

terima ancaman bom

Terima Ancaman Bom, Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu Dikosongkan

KUALA TERENGGANU — Polis memaklumkan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu terpaksa dikosongkan susulan menerima ancaman bom pada pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail, pada  7.20 pagi, pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan bungkusan mencurigakan yang ditemukan di hadapan pintu pagar kompleks mahkamah berkenaan.

Susulan itu,  sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu dikerahkan ke tempat kejadian.

Gambar: Sinar Harian

“Sebaik tiba di lokasi itu terdapat bungkusan yang diletakkan di hadapan pintu pagar. Kita telah memeriksa bungkusan tersebut dan telah dimusnahkan.

“Pihak polis juga telah melakukan pemeriksaan dan pembersihan di kompleks mahkamah tersebut. Tiada sebarang ancaman lain ditemukan di kawasan itu,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian hari ini.

BACA: Lebih 1.2 Juta Orang Dah Daftar PADU

Ditanya mengenai kandungan bungkusan itu, Wan Mohd Zaki bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Gambar: Sinar Harian

Sehingga jam 12.45 tengah hari, sebahagian kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu masih lagi ditutup selepas hasil pemerhatian dilakukan.

Pada pagi tadi, penemuan bungkusan mencurigakan di hadapan pintu masuk mahkamah itu telah menggemparkan petugas mahkamah tersebut.

Perkara itu menyebabkan sebahagian Kompleks Mahkamah itu terpaksa dikosongkan.

Menurut sumber, UPB juga menemui balutan kertas bersama bungkusan tersebut yang dengan tertera ‘amaran pertama’, lapor Sinar Harian.

Pemeriksaan lanjut terhadap pembalut dipercayai mengandungi lampu suluh. Bagaimanapun, ia telah dimusnahkan oleh UPB.

Sumber: Sinar Harian

The post Terima Ancaman Bom, Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu Dikosongkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*