Kes Jana Wibawa: Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah

muhyiddin mengaku tidak bersalah jana kuasa

Kes Jana Wibawa: Muhyiddin Tidak Mengaku Bersalah

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram bernilai. RM195 juta

Muhyiddin turut tidak mengaku bersalah atas empat lagi pertuduhan penyalahgunaan kuasa untuk suapan berjumlah RM232.5 juta.

Beliau membuat pengakuan tersebut ketika perbicaraan hari ini berkenaan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan.

Secara keseluruhan, Ahli Parlimen Pagoh berkenaan didakwa atas enam pertuduhan di mahkamah pada hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menyalahgunakan kuasa untuk menerima sogokan RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd dan RM1 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, bagi parti Bersatu.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, beliau didakwa atas pertuduhan yang sama bagi wang berjumlah RM19.5 juta daripada Mamfor Sdn Bhd dan RM12 juta daripada Azman Yusoff.

Sebagai Presiden Bersatu, beliau dihadapkan atas dua pertuduhan lain iaitu, menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti berkenaan.

Dalam perbicaraan tersebut, Muhyiddin menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Di luar perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, ratusan orang berkumpul di hadapan kompleks mahkamah berkenaan. Mereka terdiri daripada penyokong Muhyiddin, petugas media dan polis yang ditugaskan untuk mengawal situasi semasa.

Beberapa ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hadir memberikan sokongan

Selain itu. terdapat beberapa pemimpin Bersatu turut hadir bagi memberikan sokongan kepada pengerusi parti politik berkenaan.

Antaranya,  Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumi dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Turut hadir, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Md Jidin dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal.

Semalam, beliau tiba di ibu pejabat SPRM pada 11.15 pagi untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

SPRM mengesahkan menahan Presiden Bersatu tersebut pada 1 tengah hari. Selepas memberi keterangan bagi melengkapkan proses siasatan akhir di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya.

BACA: Azam Baki Sahkan Muhyiddin Akan Didakwa Pada Esok

Kemudian, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dibebaskan dengan jaminan SPRM dalam lingkungan 8.20 malam, semalam.

Terdahulu, SPRM telah membekukan akaun parti Bersatu dan beberapa individu yang didakwa terlibat dalam pertuduhan tersebut.  Ketua Penerangan parti itu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad turut didakwa di mahkamah berkaitan projek Jana Wibawa.

BACA: PM Tidak Campur Tangan Urusan SPRM Libatkan Muhyiddin

Sumber: Bernama via Twitter

The post Kes Jana Wibawa: Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*