Guna Rantai Besi, Syarikat Didakwa Kunci Pekerja Dari Dalam Tak Bagi Keluar

syarikat kunci pekerja

Guna Rantai Besi, Syarikat Didakwa Kunci Pekerja Dari Dalam Tak Bagi Keluar

Sebuah syarikat IT di India baru-baru ini mencetuskan kemarahan dalam talian selepas bertindak mengunci bangunan pejabat bagi menghalang pekerja keluar tanpa kebenaran, lapor Oddity Central.

Tular di media sosial, sebuah video menunjukkan seorang pekerja keselamatan menggunakan rantai besi dan mangga untuk mengunci pintu keluar bangunan pejabat syarikat itu di Gurugram, India.

Kredit: @ravihanda/Twitter

Dalam video berkenaan, pengawal itu mendakwa dia bertindak sedemikian selepas mendapat arahan yang diberikan oleh individu A.

Video tersebut mencetuskan kemarahan dan sekali lagi mengangkat isu seperti eksploitasi pekerja dan hak pekerja sebagai topik utama.

Syarikat minta maaf

Pun begitu, syarikat tersebut juga mengeluarkan kenyataan menyifatkan kejadian itu sebagai anomali, yang menyimpang jauh daripada peraturan.

Jurucakap syarikat berkata perkara itu kemudiannya segera diselesaikan dalam beberapa minit.

“Kami ingin menjelaskan bahawa insiden yang berlaku baru-baru ini di salah satu pejabat kami adalah disebabkan oleh tindakan yang dikesali oleh seorang pekerja kami.

“Ia segera diperbetulkan dalam beberapa minit dan pekerja itu mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Mengulas lanjut, jurucakap itu berkata tindakan yang dilakukan adalah bertentangan dengan apa yang diamalkan syarikatnya.

“Ini adalah kesalahan yang berlaku pada syarikat dan bertentangan dengan nilai dan budaya kami sebagai sebuah organisasi.

“Kami ingin memberi jaminan kepada semua bahawa tindakan ini tidak disengajakan. Kami kesal atas kesulitan yang ditimbulkan,” katanya.

Berlaku dua minggu lalu, tetapi baru tular

Insiden itu dilaporkan berlaku lebih dua minggu lalu, di ibu pejabat syarikat berkenaan, akan tetapi video tersebut menjadi viral pada minggu lepas.

Ramai yang membuat dakwaan bahawa syarikat itu mengeluarkan permohonan maaf selepas ia didedahkan secara dalam talian.

“Bayangkan apa boleh berlaku jika kebakaran tidak disengajakan terjadi.

“Bagaimana sesebuah organisasi boleh melakukan perkara itu,” kata seorang pengguna Twitter.

Difahamkan syarikat tersebut adalah salah satu platform pembelajaran dalam talian yang menawarkan kursus dalam pelbagai bahasa pengkodan.

Sumber: Oddity Central

BACA: Tragis, Kucing Mati Dijerut & Digantung Pada Tingkap Rumah

The post Guna Rantai Besi, Syarikat Didakwa Kunci Pekerja Dari Dalam Tak Bagi Keluar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*