Muka Berjerawat Tapi Teringin Nak “Make Up”? Doktor Kata Boleh, Tapi Elak Guna 5 Bahan Ini

Muka Berjerawat Tapi Nak MakeUp, ELak Guna 5 Bahan Ini Untuk Cantik

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Soal penampilan diri adalah salah satu perkara yang sering menjadi keutamaan setiap wanita, terutama pada bahagian wajah.

Salah satu cara untuk memastikan wajah sentiasa anggun dan menyakinkan adalah melalui solekan. Terdapat pelbagai teknik solekan yang diamalkan di seluruh dunia, namun matlamatnya tetap satu, mahu seri wajah sentiasa menonjol dan jelita selalu.

Namun, adakalanya, solek bukanlah satu pilihan yang boleh diambil oleh mereka yang mahu kelihatan cantik sekiranya kulit pipi dan wajah dipenuhi jerawat. Bahan-bahan kimia yang ada dalam setiap prodek solekan dibimbangi akan menyebabkan jerawat bertambah teruk dan sukar dirawat.

Bagaimanapun, anda yang mempunyai masalah jerawat sebenarnya masih boleh mengenakan solekan pada wajah, namun ada bahan yang perlu anda elak.

Jom ikuti perkongsian oleh Dr Ingky di platform twitternya tentang bahan-bahan yang perlu anda elak ketika membeli alat solek.

Lima bahan yang perlu di elakkan

Minyak

Kredit: liputan6

Minyak antara bahan yang perlu dielakkan termasuk badam, alpukat, dan minyak kelapa yang terdapat dalam banyak bahan semula jadi di pasaran. Minyak ini sangat komedogenik dan harus dielakkan jika anda mempunyai kulit berjerawat.

Silikon

Kredit: amazon.co

Silikon adalah perkara asas yang perlu ada dalam senarai alat solek anda tetapi ia perlu dielakkan kerana silicon boleh menyebabkan dehidrasi dan mengecilkan pori-pori di muka anda.

Wangian

Menurut Dr Ingky, wangian tiruan antara satu bahan yang sering ditambah dalam alat solek. Jadi anda perlu berhati-hati jika di dalam alat solek tersebit mengandungi bahan benzaldehid kerana ia boleh menyebabkan pori-pori anda tersumbat.

Lanolin

Kredit: essentials

Lanolin adalah antara bahan yang sangat penting untuk dijauhi jika anda mempunyai kulit yang rawan jerawat kerana ia sangat komedogenik dan boleh menyebabkan lebih banyak jerawat yang tumbuh dikulit muka anda.

Petrokimia

Petrokimia sebenarnya tidak dipanggil “petrokimia” pada label tetapi jika anda menemui bahan ini anda perlu elakkan kerana ia boleh membahayakan kesihatan kulit anda. Bahan ini boleh muncul pada label kosmetik di bawah samaran lilin parafin, minyak mineral atau petrolatum.

Dr Ingky turut memberi nasihat jika anda ingin membeli alat-alat solek, anda perlu mencari produk yang mengandungi bahan-bahan “non-comedogenic”. Walaupun produk penjagaan kulit bukan komedogenik tidak menghalang jerawat daripada berlaku, namun ia tidak akan menyebabkan pori-pori anda tersumbat dan berjerawat.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang mengalami masalah jerawat dan pastikan bahan alat solek yang dibeli tidak mengandungi bahan-bahan di atas.

Sumber: @Dr_Ingky via Twitter

The post Muka Berjerawat Tapi Teringin Nak “Make Up”? Doktor Kata Boleh, Tapi Elak Guna 5 Bahan Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*