Malaysia Airlines Bakal Terima Boeing 737-8 Ogos Ini

malaysia airlines boeing 737-8

Malaysia Airlines Bakal Terima Boeing 737-8 Ogos Ini

KUALA LUMPUR — Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan bakal melancarkan pesawat baharu mereka, Boeing 737-8.

Pesawat yang dinanti-nantikan itu bakal mempamerkan pelbagai peningkatan ciri-ciri yang terdapat dalam sebahagian penerbangan Malaysia.

Menurut MAB, ia merupakan pelan pemodenan armada Kumpulan (MAG). Pesawat pertama 737-8 itu dijadualkan akan diterima pada Ogos 2023.

Pesawat itu merangkumi pemodenan dan aspirasi warisan Malaysia dengan reka bentuk livery dan dalaman kabin yang menarik. Ia bertujuan untuk memberikan pengalaman secara menyeluruh terhadap pelanggan.

Gambar: Malaysia Airlines

Logo Wau

Livery pesawat 737-8 baharu telah mengalami perubahan yang ketara, mewakili visi dan aspirasi Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan nasional.

“Logo ikonik ‘wau’ melambangkan kebanggaan Malaysia telah disusun semula dengan penuh seni bagi mencerminkan keazaman syarikat penerbangan yang optimis dan berusaha untuk bergerak ke hadapan.

“Dihiasi dengan songket yang indah dalam warna emas yang elegan, logo itu menjadi tanda penghormatan terhadap warisan Malaysia.

“Ia juga menggariskan komitmen teguh syarikat penerbangan itu untuk mewakili negara dengan bangga dan semangat progresifnya,” maklum MAB dalam satu kenyataan hari ini.

IFE Yang Diperbaharui

Sama seperti pesawat B737-800 NG yang diperbaharui, 737-8 juga akan membawa sistem Hiburan Dalam Penerbangan (IFE) tanpa wayar, MHstudio.

MHstudio menyediakan lebih 500 pilihan hiburan atas permintaan, serta pengalaman membeli-belah yang diperibadikan terhadap pelanggan untuk diakses.

Kelengkapan ini memberikan pelanggan menikmati perjalanan mengikut terma syarat sendiri, dimana-mana dan pada bila-bila masa.

BACA JUGA: Dipercayai Mengandungi Bahan Berbahaya, Malaysia Airlines Larang Bawa Hidangan Dengan Pek Pemanas Sendiri

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan dari Malaysia Aviation Group (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, pihaknya sangat teruja untuk memperkenalkan pesawat terbaharu itu kepada pelanggan.

Pesawat baharu mab
Gambar: Malaysia Airlines

“Kami sangat teruja untuk mempersembahkan terhadap penumpang kami dengan penerbangan yang penuh mengasyikkan dan tidak dapat dilupakan.

“Ia juga mempamerkan kebanggaan dan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang luar biasa.

“Pelancaran pesawat 737-8 baharu kami pada Ogos 2023 sebagai penetapan piawaian baharu dalam perkhidmatan udara.

“Ia menggabungkan budaya menarik di Malaysia, teknologi canggih dan amalan mampan untuk mencipta pengalaman penerbangan yang tiada tandingan,” katanya.

Tambah Ahmad lagi, setiap aspek reka bentuk kabin telah direka dengan teliti untuk meningkatkan keselesaan penumpang.

Tempat duduk Upholsteri menampilkan motif songket debos, mempamerkan corak rumit dan warna-warna cerah tekstil tradisional Malaysia.

Perincian artistik ini bukan sahaja menambah daya tarikan estetik bahkan juga memberi penghormatan kepada budaya Malaysia yang kaya.

Oleh itu, penumpang boleh menyelami warisan negara sejak mereka melangkah kaki ke kapal terbang itu.

“Gabungan harmoni warna biru dan motif songket mencipta kabin yang menawan secara visual. Ia mencerminkan komitmen kami untuk menawarkan perjalanan yang menyeronokkan.

“Sama ada penumpang sedang duduk di tempat duduk mereka atau bergerak melalui pesawat, mereka akan merasai suasana yang penuh ketenangan, keanggunan dan menghargai lebih mendalam terhadap permaidani budaya Malaysia,” jelas Ahmad lagi.

Difahamkan, syarikat penerbangan itu akan beransur-ansur menambah pesawat 737-8 kepada 25 buah menjelang 2026.

MAG sehingga kini memiliki 100 pesawat menerusi anak syarikatnya, Malaysia Airlines, Firefly, MASwings dan MASkargo.

Sumber: Malaysia Airlines

The post Malaysia Airlines Bakal Terima Boeing 737-8 Ogos Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*