MYAirline guna tempat duduk pesawat mesra alam

PETALING JAYA – Syarikat penerbangan kos rendah, MYAirline mengumumkan kerjasama dengan pembekal ruang dalaman pesawat terkemuka, Geven untuk melengkapkan armada A320nya dengan tempat duduk yang mesra alam dan ergonomik.

Tempat duduk yang dikeluarkan di Itali, dipanggil sebagai superEco itu menampilkan penutup empuk ELeather, bahan inovatif menggunakan gentian kulit asli yang digabungkan dengan bahan teras prestasi tinggi untuk menjadikannya lebih ringan.

Untuk menambah kelestariannya, ia diperoleh daripada bahan kulit yang akan dibuang ke tapak pelupusan sampah.

Gabungan reka bentuk yang segar, bertenaga dan ringan, kos pemilikan yang rendah dan bahagian tahan lama itu menghasilkan tempat duduk yang selesa untuk penerbangan jarak pendek dan sederhana.

Tempat duduk ini menggabungkan material ringan dan tahan lama untuk mengurangkan berat pesawat, seterusnya menjimatkan penggunaan bahan api.

Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo berkata, pihaknya teruja untuk memulakan perkongsian dengan Geven dan menjadi yang pertama di rantau ini untuk menawarkan tempat duduk pesawat yang lebih mampan.

“Rekaan tempat duduk yang anggun, direka bentuk secara ergonomik dan ringan sesuai dengan aspirasi kami sebagai syarikat penerbangan mesra alam.

“Secara keseluruhan, kerusi ringan ini mengurangkan pembakaran bahan api dan pelepasan karbon dioksida serta merupakan langkah positif kami dalam usaha mengurangkan jejak karbon,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

The post MYAirline guna tempat duduk pesawat mesra alam appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*