Myvi Dipandu Lelaki Switzerland Rempuh Stesen Minyak

myvi rempuh stesen minyak

Myvi Dipandu Lelaki Switzerland Rempuh Stesen Minyak

IPOH, 9 Jan (Bernama) — Sebuah Perodua Myvi merempuh cermin sebuah stesen minyak di Taman Canning di sini hari ini, gara-gara pemandunya seorang lelaki warga Switzerland dikatakan mengalami kekejangan kaki semasa hendak mengisi minyak.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata dalam kejadian pada 10.30 pagi itu, lelaki berusia 77 tahun tersebut yang berada di satu daripada pam minyak sedang membetulkan kenderaannya untuk mengisi minyak sebelum secara tiba-tiba mengalami kekejangan pada kaki kanan.

“Akibat daripada itu, pemandu berkenaan dia tidak dapat mengawal kenderaannya hingga terbabas ke hadapan lalu melanggar motosikal jenis Yamaha yang diparkir dan merempuh dinding kaca premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Myvi Terjatuh Dalam Longkang, Wanita Cemas Dihanyutkan Arus Deras

Bagaimanapun, katanya penunggang motosikal berusia 29 tahun tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata kejadian itu turut menyebabkan seorang wanita yang berada di situ cedera di kaki kanan dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Video dan gambar kejadian itu tular di laman Facebook sejak petang tadi.

Sumber: Bernama

The post Myvi Dipandu Lelaki Switzerland Rempuh Stesen Minyak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*