Nahas Japan Airlines: 5 Kru Kapal Pengawal Pantai Maut, Kapten Cedera Parah

5 pengawal pantai japan airlines

Nahas Japan Airlines: 5 Kru Kapal Pengawal Pantai Maut, Kapten Cedera Parah

Sekurang-kurangnya lima kru pesawat pengawal pantai maut selepas bertembung dengan pesawat Japan Airlines yang kemudiannya terbakar di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo hari ini, lapor AFP.

Polis mengesahkan insiden tersebut dengan mengatakan lima daripada enam orang yang berada dalam pesawat MA722 itu meninggal dunia manakala seorang lagi yang merupakan kapten cedera parah.

Difahamkan, pesawat pengawal pantai tersebut dalam perjalanan ke bandar Niigata untuk menghantar bantuan bekalan kepada mangsa gempa bumi di pantai barat Jepun yang berlaku semalam.

Dalam pada itu, kesemua 379 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Japan Airlines yang terbakar di lapangan berjaya diselamatkan, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.

Menurut Bernama, pesawat itu, yang mengendalikan penerbangan 516 dari Lapangan Terbang New Chitose di Wilayah Hokkaido ke Lapangan Terbang Haneda Tokyo, bertembung dengan sebuah pesawat yang dipercayai milik Pengawal Pantai Jepun selepas mendarat di Lapangan Terbang Haneda, lapor penyiar awam NHK, memetik Japan Airlines.

Anggota bomba sedang memadamkan api, katanya.

Rakaman NHK menunjukkan letupan api besar dilihat dari sebelah pesawat Japan Airlines ketika ia bergerak di landasan selepas mendarat dan api menyambar pesawat itu tidak lama kemudian.​

Sumber: AFP via Business Insider

The post Nahas Japan Airlines: 5 Kru Kapal Pengawal Pantai Maut, Kapten Cedera Parah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*