Nahas Pesawat Cessna 340: Pasukan Penyelamat Terpaksa Daki Gunung Berapi Cari Serpihan

Nahas Pesawat Cessna 340

Nahas Pesawat Cessna 340: Pasukan Penyelamat Terpaksa Daki Gunung Berapi Cari Serpihan

Pasukan penyelamat Filipina dilapor mula mendaki gunung berapi aktif pada Selasa untuk mencari serpihan pesawat Cessna 340 yang terhempas pada hujung minggu lalu, memetik laporan CNA.

Sebelum ini, pesawat yang membawa empat orang termasuk dua orang warga Australia dipercayai telah hilang dari radar pada pagi Sabtu selepas berlepas ke Manila dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol di wilayah tengah Albay (beberapa kilometer dari gunung berapi Mayon).

Berdasarkan siasatan yang dijalankan pada Selasa, serpihan pesawat yang dikesan berhampiran gunung berapi adalah milik pesawat tersebut (Cesssna 340).

Nahas Pesawat Cessna 340

Bagaimanapun, setakat ini tiada kepastian yang dapat mengesahkan keadaan mangsa yang terlibat.

Sementara itu, Perbadanan Pembangunan Tenaga yang berpangkalan di Manila berkata pesawat yang hilang itu adalah milik syarikat itu (Perbadanan Pembangunan Tenaga) yang dikendalikan oleh orang Australia.

Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) mengatakan bahawa lokasi pesawat itu berada di sebelah barat gunung berapi iaitu kira-kira 3,500 hingga 4,000 kaki (1,070m hingga 1,200m) di atas paras laut.

Pasukan Penyelamat Terpaksa Daki Gunung Berapi 
Kredit: CAAP

Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan

Difahamkan, keadaan cuaca yang kerap hujan dan risiko letusan berlaku telah menghalang pasukan penyelamat untuk sampai ke lokasi nahas.

Seperti sebelum ini, telah dilakukan percubaan untuk menurunkan pasukan penyelamat ke lokasi nahas helikopter namun terpaksa dibatalkan ekoran angin kencang dan litupan awan di kawasan berhampiran.

Justeru, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) termasuk pendaki terpaksa membuat keputusan untuk berjalan kaki ke lokasi kejadian.

Menurut Datuk Bandar Perbandaran Camalig, Carlos Baldo, mereka (pasukan SAR) dijangka akan berkhemah semalaman dan sampai ke lokasi nahas pasa hari Rabu.

Pasukan Penyelamat Terpaksa Daki Gunung Berapi 
Kredit: AFP

‘Operasi yang sangat berisiko’ – Bacolcol

Sementara itu, Pengarah Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, Teresito Bacolcol memberi amaran bahawa terdapat risiko letusan yang didorong oleh wap atau kejatuhan batu.

“Operasi ini sangat berisiko tinggi. Jika mereka sanggup mengambil risiko, hanya kakitangan yang terlatih secara profesional dan berpengalaman sahaja harus terlibat,” jelasnya.

Dalam masa yang sama salah seorang pendaki, George Cordovilla yang telah mendaki Mayon beberapa kali tidak menafikan bahawa pendakian ini disifatkan sebagai sukar.

“Ia sudah menghakis dan mencetuskan runtuhan batu walaupun tiada letusan. Ada yang berpunca daripada angin, air atau hujan,” katanya.

Hal ini kerana Mayon dikatakan sebuah gunung berapi paling aktif di negara tersebut malah menurut rekod, 2018 adalah kali terakhir gunung itu memuntahkan bertan-tan abu, batu dan lahar.

Malah dalam kejadian sebelum ini, sebuah lagi pesawat Cessna telah hilang pada 24 Januari di wilayah utara Isabela dan lebih menyedihkan serpihan pesawat itu masih belum ditemukan hingga sekarang.

Baca juga: Lokasi Nahas Pesawat Cessna Terhempas Dikenal Pasti – OCD

Sumber: CNA

The post Nahas Pesawat Cessna 340: Pasukan Penyelamat Terpaksa Daki Gunung Berapi Cari Serpihan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*