Pelakon “Parasite”, Lee Sun-kyun Meninggal Dunia

lee sun-kyun meninggal

Pelakon “Parasite”, Lee Sun-kyun Meninggal Dunia

SEOUL —  Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Sun-kyun dilaporkan meninggal dunia, lapor Koreaboo.

Berita duka itu disahkan oleh polis tempatan selepas pelakon filem Parasite itu ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaannya di Taman Waryong di daerah Jongno, Seoul.

“Kami telah mengenal pasti lelaki yang meninggal dunia sebagai pelakon Lee Sun Kyun,” maklum pihak polis menerusi perkongsian saluran media SPOTV.

Difahamkan, sewaktu ditemui, pelakon itu didapati sudah tidak memberikan sebarang respon.

Sementara itu, Agency Press France (AFP) menerusi agensi berita Yonhap turut melaporkan penemuan mayat bintang drama Pasta itu  hari ini.

Sebelum ini, pelakon berusia 48 tahun itu masih berada di bawah siasatan pihak polis berhubung penyalahgunaan dadah.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: Koreeboo, AFP

The post Pelakon “Parasite”, Lee Sun-kyun Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*