Penduduk Di Kepulauan Selayar Gempar, Laut Bertukar Hijau Dan Berbau Busuk

Penduduk Di Kepulauan Selayar Gempar, Laut Bertukar Hijau Dan Berbau Busuk

Penduduk di Desa Parak, Kepulauan Selayar di Sulawesi Selatan digemparkan dengan fenomena air laut bertukar menjadi hijau dan mengeluarkan bau busuk yang kuat, lapor CNN Indonesia.

Ketua Makmal Jabatan Biologi, Fakulti Matematik dan Sains Alam di Universiti Negeri Makassar, Profesor Oslan Jumadi berkata fenomena itu biasa berlaku di laut apabila berlakunya bloom.

Oslan menjelaskan bahawa bloom adalah keadaan di mana perairan sama ada di laut, kolam, tasik dan paya mengalami pertumbuhan alga atau cyanobacteria yang banyak.

Bloom adalah di mana keadaan alga mengalami pertumbuhan tinggi disebabkan kepekatan air laut yang mengandungi nutrien tinggi nitrat, mungkin berlaku pencemaran di sekitar pantai ini,” jelasnya.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Memetik CNN Indonesia, selain air laut bertukar menjadi hijau, penduduk di kawasan tersebut turut terhidu bau yang busuk dan banyak haiwan laut seperti ikan ditemui mati.

Gambar: tvOnenews

“Sejak semalam, air laut bertukar hijau dan berbau busuk, kami tidak tahan lagi dengan bau di sini. Selain bau, ikan-ikan di pantai juga banyak mati,” kata penduduk kawasan itu kepada tvOnenews pada Rabu lalu.

Kejadian air laut bertukar hijau ini mengejutkan penduduk di kawasan tersebut, malah tidak ada seorang penduduk pun yang turun menangkap ikan di laut.

Menurut Oslan, sekiranya ini berlaku, berkemungkinan ia adalah pencemaran alam sekitar.

Gambar: tvOnenews

Walau bagaimanapun, untuk memastikan kehadiran jenis pencemaran alam sekitar di kawasan itu, terdapat keperluan untuk penyelidikan dan siasatan yang perlu dilakukan.

Sementara itu, pegawai makmal Perkhidmatan Alam Sekitar Kepulauan Selayar telah mengambil beberapa sampel air laut dan ikan mati untuk pemeriksaan, namun keputusannya akan diketahui dalam masa dua hingga tiga hari, menurut Jurana Ali, Ketua UPTD Makmal Alam Sekitar Selayar.

Setiausaha Agensi Alam Sekitar Selayar, Agus Salim melarang penduduk yang mengambil ikan yang terdampar di tepi pantai untuk memakannya mahupun menjualnya di pasar sebelum keputusan ujian makmal dikeluarkan.

Sumber: CNN Indonesia, tvOnenews

The post Penduduk Di Kepulauan Selayar Gempar, Laut Bertukar Hijau Dan Berbau Busuk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*