fbpx

Nak Bina Jambatan Baru, Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew & Bulatan Pudu Bakal Ditutup Setahun

jalan Sungai Besi ditutup

Nak Bina Jambatan Baru, Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew & Bulatan Pudu Bakal Ditutup Setahun

Bermula 5 Ogos ini, Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi atau Petaling Jaya berhadapan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew akan ditutup selama setahun, lapor Astro Awani.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, penutupan itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Justeru, pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut diarahkan untuk menggunakan beberapa lencongan trafik yang telah ditetapkan.

Antaranya ialah trafik dari Bulatan Kampung Pandan ke Sungai Besi atau Petaling Jaya akan dilencongkan ke pada dua bahagian.

Dua bahagian tersebut ialah melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan memasuki laluan kontra di Lorong bersebelahan.

Kredit Astro Awani

“Manakala trafik dari Sungai Besi atau Petaling Jaya untuk ke Bulatan Kampung Pandan akan dilencongkan ke susur kiri melalui Bulatan Loke Yew. (Sila rujuk Lampiran 2)

Kredit Astro Awani

“Trafik Cheras menghala ke Jalan Loke Yew hanya dibenarkan untuk membuat pusingan U sahaja menghala arah Cheras semula dan pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Selain itu, DBKL berkata lagi bahawa laluan alternatif trafik dari Cheras menuju ke Jalan Sungai Besi adalah melalui Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga.

Bagi trafik dari Cheras dan menghala ke Jalan Yew pula perlu melakukan pusingan U di persimpangan ‘fly-over’ di Jalan Maharajalela. Ini juga sama untuk trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke kawasan persekitaran Jalan Yew.

Kredit Astro Awani
Kredit Astro Awani
Kredit Astro Awani

“Trafik Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Loke Yew dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala ke Bulatan Pudu sahaja.

“Sebagai laluan alternatif pengguna jalan raya hendaklah melalui pusingan U di SMK (P) Pudu. Pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal. (Rujuk Lampiran 4A, 4B, 4C dan 4D)

Kredit Astro Awani
Kredit Astro Awani
Kredit Astro Awani
Kredit Astro Awani

“Manakala laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching akan ditutup pada tempoh pembinaan.

“Laluan alternatif adalah melalui Jalan Kampung Pandan, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah,” jelasnya. (Rujuk Lampiran 5)

Kredit Astro Awani

Tambah DBKL lagi, bagi membolehkan kerja-kerja roboh jambatan susur dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Sungai Besi, jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew akan ditutup.

“Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga,” katanya. (Rujuk Lampiran 6A dan 6B)

Kredit Astro Awani
Kredit Astro Awani

Oleh itu, DBKL menasihati semua pengguna jalan raya agar mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik. Ia sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan sewaktu melalui jalan-jalan tersebut.

Sumber: Astro Awani

The post Nak Bina Jambatan Baru, Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew & Bulatan Pudu Bakal Ditutup Setahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*