Sektor Ni Dapat Bajet Paling Besar Daripada MOF, Penjelasan Kenapa Sampai RM70.5 Billion Diperuntukkan

penjelasan mof dapat bajing paling besar

Sektor Ni Dapat Bajet Paling Besar Daripada MOF, Penjelasan Kenapa Sampai RM70.5 Billion Diperuntukkan

Belanjawan 2023 kini menjadi buah bicara rakyat Malaysia membincangkan semua aspek yang berkaitan. Daripada sekecil-kecil bajet hinggalah yang paling besar, tentang pengurusan Belanjawan 2023.

Dalam pada itu, dimaklumkan pula yang kerajaan telah memperuntukkan bajet terbesar tahun ini pada satu sektor pendidikan melibatkan jumlah RM70.5billion.

Kenapakah bajet untuk pendidikan terlalu besar? Ini alasannya.

Peruntukan yang disediakan merangkumi dua aspek iaitu pemulihan dan pembangunan bagi Kementerian Pendidikan sebanyak RM55.2 billion dan untuk Pendidikan Tinggi pula sebanyak RM15.3 billion.

RM55.2 billion untuk KPM

Peruntukkan terbesar untuk KPM bertujuan bagi memastikan ruang pembelajaran sekolah berada dalam keadaan selamat dan kondusif, memastikan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah.

Selain daripada itu, tujuh sekolah baharu akan dibina dan 380 buah sekolah daif di Sabah dan Sarawak akan dinaik taraf.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga akan menggunakannya untuk meningkatkan kadar penyediaan makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 ke RM3.50 untuk sekolah di Semenanjung Malaysia dan dari RM3.00 kepada RM4.00 pula untuk sekolah di Sabah dan Sarawak. Inisiatif ini secara tidak langsung, bakal memberi manfaat kepada 700,000 pelajar. Secara keseluruhannya, nilai perbelanjaan untuk inisiatif ini dinaikkan daripada RM625 juta kepada RM777 juta.

Tak ketinggalan, kadar Bantuan Makan Prasekolah (BMP) di bawah Kementerian Pendidikan juga akan turut dinaikkan daripada RM2 kepada RM3 untuk Semenanjung Malaysia dan daripada RM2.25 hingga RM3.25 untuk Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan (memanfaatkan lebih 240,000 kanak-kanak prasekolah).

Tak hanya itu, kerajaan juga bakal membekalkan 50,000 komputer riba kepada sekolah dan institusi pendidikan. Duti setem sebanyak RM10 juga dilanjutkan untuk menampung perjanjian pinjaman/biasiswa pendidikan bagi pekerjaan untuk semua peringkat di pendidikan dan institusi latihan yang telah selesai dari 1 Jun 2023. Ibu bapa juga bakal menikmati pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk menghantar anak ke TASKA atau TADIKA sehingga tahun taksiran 2024.

RM15.3 billion untuk sektor pendidikan tinggi

Peruntukan sebanyak RM15.3 billion pula bertujuan untuk membaiki infrastruktur dan menggantikan peralatan yang sudah uzur di IPTA. Peruntukkan itu akan turut digunakan untuk menambah baik sambungan Internet di institusi pendidikan tinggi di seluruh Malaysia yang di bawah Malaysian Research & Education Network Program (MYREN).

Selain daripada itu, ia juga akan digunakan untuk mempromosikan aktiviti R&D di bawah Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Tak hanya itu, peruntukkan tersebut termasuk dengan kemudahan pendidikan untuk anak Bumiputera serta untuk menaik taraf dan menyelenggara kemudahan universiti awam.  

Seterusnya, kerajaan juga akan berkoordinasi dengan MNC untuk menyediakan peluang internship dan pelajar bakal dibenarkan untuk berkhidmat dengan syarikat tersebut (bagi sarjana tempatan belajar di luar negara).

Penyeragaman kadar duti setem untuk perjanjian pinjaman pendidikan, diskaun PTPTN, dan agenda memperkasa TVET melalui 7 Kementerian utama juga turut diperuntukkan dana di bawah sektor ini. 

Tidak dinafikan bahawa KPM merupakan kementerian yang paling besar dengan melibatkan pelajar, guru dan staf dalam sektor pendidikan. Ia adalah sektor terpenting dalam pembangunan sesebuah negara.

Untuk maklumat lanjut, layari belanjawan.mof.gov.my/manfaat

The post Sektor Ni Dapat Bajet Paling Besar Daripada MOF, Penjelasan Kenapa Sampai RM70.5 Billion Diperuntukkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*