Nama Tercicir, Man United Tak Tersenarai Antara 20 Kelab Bola Terbaik Dunia

man united 20 kelab terbaik dunia

Nama Tercicir, Man United Tak Tersenarai Antara 20 Kelab Bola Terbaik Dunia

Bola sepak diiktiraf sebagai sukan nombor satu dunia dan diikuti oleh berbilion-bilion umat manusia.

Saban tahun, ada sahaja pertandingan bola sepak mengambil tempat dan berjalan di serata benua.

Misalnya, demam bola sepak Piala Asia dan Piala Afrika baru sahaja tamat, mata terarah pula ke saingan liga-liga domestik yang ada.

Di setiap negara, boleh dikatakan ada liga bola sepak rasmi sendiri. Namun, liga-liga bola sepak yang terkenal kebanyakan bertapak di bumi Eropah. Bahkan, lima liga utama dunia juga berada di benua tersebut.

Senarai 20 kelab terbaik dunia, Man United tak ada

Selain Liga Perdana Inggeris (EPL) di England, La Liga (Sepanyol), Bundesliga (Jerman), Serie A (Itali) dan Ligue 1 (Perancis) adalah liga yang paling banyak diikuti.

Di Asia pula, Saudi Pro League (Arab Saudi) juga mula mendapat perhatian selepas deretan pemain bintang Eropah berhijrah ke sana. Antaranya Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Riyad Mahrez dan Sadio Mane.

Jadi, boleh dikatakan terdapat ribuan kelab bola sepak yang bertanding dalam pelbagai liga domestik di setiap negara.

Maka, akan wujud pertanyaan seperti, dalam ribuan kelab-kelab yang ada, kelab manakah yang paling baik dan paling kuat sekali?

Opta Analyst ada jawapannya. Menerusi Opta Power Ranking, mereka menganalisis 13,000 buah kelab bola sepak di serata dunia.

Opta Power Ranking, 0 paling buruk dan 100 paling baik

Berdasarkan skor 100 mata, dengan 0 paling buruk dan 100 paling baik, mereka mengeluarkan senarai kelab-kelab terbaik yang ada.

Mengisi tiga tangga teratas adalah Manchester City, Real Madrid dan Inter Milan.

City selaku juara trebel musim lepas mencatatkan markah sempurna 100, diikuti gergasi La Liga, Real Madrid yang mencatatkan skor 97.9 mata.

Inter Milan, finalis Liga Juara-juara Eropah musim lepas mengumpul sebanyak 96.8 mata.

Ditangga keempat dan kelima adalah pesaing City, iaitu Liverpool (95.6) dan Arsenal (94.9).

Dua kelab yang mendominasi liga masing-masing sejak sekian lama, PSG dan Bayern Munich, mengisi kedudukan keenam dan ketujuh, selepas masing-masing mengumpul skor 94.4 mata.

Leverkusen meningkat naik, MU tak nampak bayang

Pasukan meningkat naik yang masih belum tewas dalam semua pertandingan musim ini, Bayern Leverkusen, berada di tangga kelapan dengan 93.5 mata.

Melengkapkan top 10 pasukan terbaik dunia adalah Atletico Madrid (92.2) di tangga kesembilan dan Barcelona (91.7) di tangga kesepuluh.

Manakala satu lagi pasukan gergasi yang mempunyai ramai peminat di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, Manchester United hanya berada di tangga ke 22.

Man United berjaya mendaki empat anak tangga daripada kedudukan sebelum ini selepas mengumpul 89.7 mata.

JDT pasukan Asia Tenggara terbaik

Al-Hilal muncul sebagai kelab Asia terbaik selepas menghuni posisi ke-53 dalam senarai itu dengan 85.3 mata.

Gergasi Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di kedudukan 323 dengan skor sebanyak 75.4 mata.

Di peringkat Asia, JDT berada di tangga ke-17 dan menjadi wakil tunggal Asia Tenggara mengisi kedudukan Top 20.

BACA: Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada Januari

Sumber: Opta Power Ranking

The post Nama Tercicir, Man United Tak Tersenarai Antara 20 Kelab Bola Terbaik Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*