Nampak Sama Tapi Bukan, Ini Beza Daun Kaduk & Daun Sirih

beza daun kaduk daun sirih

Nampak Sama Tapi Bukan, Ini Beza Daun Kaduk & Daun Sirih

Sebut sahaja tentang daun sirih dan daun kaduk, tentunya ramai yang mengimbau kembali suasana sewaktu di kampung. Apatah lagi kedua-dua daun ini mudah ditemui di kawasan perkampungan.

Selain itu, daun sirih juga seringkali digunakan oleh generasi tua untuk ‘dikunyah’ bersama calitan kapur dan buah pinang. Jadi tidak hairan mengapa ia sangat memberikan makna mengenai daun ini.

Walau bagaimanapun, daun kaduk dan daun sirih jika sekali pandang tiada perbezaan yang ketara. Dari segi rupa bentuk dan warnanya juga mempunyai persamaan.

Oleh itu, bagaimanakah cara untuk mengenali mana satu daun kaduk dan daun sirih? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Kak Wan Puchong di bawah.

Rupanya Ini Beza Daun Kaduk & Daun Sirih

Siapa Tahu Miang Kham Guna Daun Apa? Dan Apa Beza Daun Kaduk Dan Daun Sirih?

Sebenarnya banyak perbezaan kaduk dan sirih. Kaduk rasanya agak pahit dan payau. Sementara daun sirih rasanya pedas dan baunya lebih sedap/berangin. Sirih mempunyai khasiat antiseptik. Biasanya jika kita sakit mata (merah), sirih boleh digunakan sebagai bahan antiseptik.

Daun kaduk mudah layu selepas di petik, daun sireh tidak. Lihat sahaja penjual sirih di tepi jalan, di pasar atau di mana sahaja. Daun sirih yang sudah disusun akan kelihatan segar walaupun sudah 2-3 hari dipetik. Sirih biasanya menjadi simbolik kepada pengantin wanita. Tak sah rasanya kalau barang hantaran dari pihak wanita tak ada sirih dan gambir..ianya lambang keanggunan wanita Melayu yang kaya adat.

BACA JUGA: Tak Perlu Beli Lagi Dah, Wanita Ajar Cara Semai Kunyit Dalam Pasu

Macam Mana Nak Kenal Daun Sirih dan Daun Kaduk?

Pertama, bentuk daun kaduk matang lebih bulat berbanding sirih yang bujur.

Kedua, daun sirih lebih licin berbanding daun kaduk yang berketak-ketak. 

Ketiga, urat daun juga berbeza,

Keempat, bau sirih lebih menyucuk, pedas dan pedaq.

Kelima, daun kaduk lebih cepat layu berbanding sirih

Keenam, kaduk tumbuh merimbun manakala sirih menjalar.

Ketujuh, kaduk mudah hidup berbanding sirih

Kelapan, kaduk kurang sensitif terhadap air berbanding sirih

Sumber: Facebook Kak Wan Puchong 

The post Nampak Sama Tapi Bukan, Ini Beza Daun Kaduk & Daun Sirih appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*