Pernah Belajar Di Malaysia, Ini Perkara Tentang Prabowo Subianto Yang Tidak Diketahui

prabowo subianto malaysia

Pernah Belajar Di Malaysia, Ini Perkara Tentang Prabowo Subianto Yang Tidak Diketahui

Seperti yang diketahui negara Indonesia ketika ini sedang menjalankan Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 Indonesia, yang bermula pada awal bulan ini.

Berdasarkan kiraan pantas atau quick count semasa menunjukkan gandingan dari gabungan parti politik, Koalisi Indonesia Maju iaitu Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming berada di landasan kemenangan.

Ia selepas kedua-dua mereka mendahului dengan peratusan undi melebihi 50 peratus meninggalkan dua lagi gandingan iaitu Anies-Muhaimin dan Ganjar-Mahfud.

Tentu ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya sosok Prabowo ini dan kenapa ramai yang mengundinya dalam Pemilu 2024.

Sehubungan itu, mari kita kenali sosok pemimpin ini dengan lebih mendalam.

Prabowo Subianto

Gambar: AFP

Terkenal dengan frasa yang dibawakan, ‘tak mungkin capai kesejahteraan, tanpa ada kepercayaan rakyat pada pemimpinnya‘ Prabowo atau nama penuhnya Prabowo Subianto Djojohadikusumo merupakan salah seorang ahli politik berpengaruh di negara itu.

Dilahirkan pada 17 Oktober 1951 di Jakarta, anak kepada pasangan Seomitro Djojohadikusumo dan Dora Marie Sigar merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik.

Untuk Makluman, Prabowo mendirikan rumah tangga dengan Siti Hediati Hariyadi, anak dari bekas Presiden Indonesia, Soeharto.

Bagaimanapun, mereka berdua telah berpisah pada tahun 1998.

Hasil perkahwinan itu menyaksikan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya lelaki, Ragowo Didiet Hediprasetyo.

BACA: Siap Ada Meja Sendiri, Kucing Dibawa “Fine Dining” Tengok Menu Pun Rasa Mewah

Pernah belajar di Malaysia

Sejak kecil, Prabowo menuntut ilmu secara nomad apabila mengikuti tugas ibu bapanya dari satu tempat ke satu tempat.

Disebabkan itu, Prabowo sering berganti-ganti sekolah bermula dari sekolah rendah di Hong Kong, Malaysia (Victoria Institution), Switzerland (Zurich International School) sehingga menamatkan pengajian di peringkat menengah atas di American School di London.

BACA: Tular, Lagu Kugiran Masdo ‘Pujaanku’ Dinyanyikan Kumpulan K-Pop

Pada usia 16 tahun, Prabowo kembali ke Indonesia dan mula menceburi dalam aktiviti kemasyarakatan apabila diperkenalkan oleh ayahnya di khalayak ramai.

Sejak itu, Prabowo semakin bergiat aktif dalam arena politik. Beliau pertama kali menubuhkan badan bukan kerajaan di Indonesia, Lembaga Pembangunan.

Bahkan beliau juga pernah mempunyai idea untuk menghimpunkan anak-anak pegawai tinggi Parti Sosial Indonesia (PSI) yang mana kedua orang tuanya aktif dalam parti tersebut.

Ketenteraan

Gambar: AFP

Walau bagaimanapun, perjalanannya dalam bidang politik terbantut seketika pada tahun 1970.

Ini kerana, pada usia 19 tahun Prabowo mengambil keputusan untuk melanjutkan pendidikan di Akademi Tentera Nasional (AMN) di Magelang, Jawa tengah,

Selain itu, beliau juga pernah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Colorado dan Universiti George Washington, Amerika Syarikat namun memilih untuk menolak.

Pada 1974, Prabowo berjaya lulus dari AMN dan menyertai Komando Pasukan Khas Tentera Darat (Kopassus) dua tahun kemudian. Bermula sebagai komander Platun Komando Para Kumpulan-1, unit ini telah membawa naik namanya.

BACA JUGA: Meta Lantik Anak Kelahiran Malaysia Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu

Pada 1996 hingga 1998, beliau menjadi individu paling penting di Kopassus lebih-lebih lagi sewaktu bapa mertuanya, Soeharto yang juga Presiden Republik Indonesia kedua.

Pada 1998, beliau diangkat sebagai Panglima Kostrad. Walau bagaimanapun, beliau ditukar menjadi Komander Kolej Komando dan Staf ABRI pada tahun yang sama namun berkhidmat dalam tempoh yang singkat.

Keusahawanan

Selepas itu, Prabowo juga pernah menukar angin dengan berkecimpung dalam arena perniagaan, Beliau telah meninggalkan Indonesia dan menetap di Jordan dan Jerman. Beliau terlibat secara langsung dalam bidang tersebut bersama adiknya Hasyim yang juga seorang usahawan.

Setelah hampir tujuh tahun berkhidmat dalam bidang itu, Prabowo kembali menabur kepada tanah airnya dan kembali ke Indonesia.

Politik 

Prabowo Subianto
Gambar: AFP

Pada 2004, beliau bertanding sebagai calon presiden melalui konvensyen Parti Golkar. Meskipun gagal dalam parti itu, beliau cuba mendapatkan sokongan daripada golongan petani.

Akhirnya pada tahun yang sama, beliau dipilih sebagai Ketua Umum Persatuan Keharmonian Petani Indonesia (HKTI).

Pada 2004, beliau bertanding sebagai calon naib presiden calon presiden Megawati namun tidak mendapat sokongan.

Pada 2008, beliau mengasaskan Parti Gerindra sambil berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat.

Dalam Pemilu 2014, Prabowo bertanding sebagai calon presiden bersama gandingan Hatta Rajasa namun sekali lagi gagal. Walaupun tidak berjaya merebut kerusi tertinggi Indonesia itu, jumlah undi Prabowo meningkat dengan pesat.

Pada Pemilu 2019, Prabowo sekali lagi bertanding, kali ini dengan rakan kongsinya Sandiago Uno, namun episod yang sama berulang kembali.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya dilantik oleh Presiden Joko Widodo sebagai Menteri Pertahanan hingga sekarang.

Sumber: Viva Indonesia, Detik.com

The post Pernah Belajar Di Malaysia, Ini Perkara Tentang Prabowo Subianto Yang Tidak Diketahui appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*