Nekad Jadikan “Beatbox” Sebagai Kerjaya Walau Pernah Hanya Dibayar RM100

Beatbox sebagai kerjaya

Nekad Jadikan “Beatbox” Sebagai Kerjaya Walau Pernah Hanya Dibayar RM100

Tak Patah Semangat Walau Dibayar RM100, Nekad Jadikan “Beatbox” Sebagai Kerjaya

Bidang seni di Malaysia boleh dikatakan berada di tahap yang memberangsangkan dan boleh dibanggakan. 

Dari bidang lakonan sehinggalah ke bidang nyanyian, masing-masing memiliki peminatnya yang tersendiri. 

Bagaimanapun, satu cabang bidang kesenian ini seakan tidak begitu popular di kalangan peminat mahupun di kalangan penggiatnya yang tersendiri. 

Bidang seni yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan muzik yang dipanggil sebagai beatbox

Apa itu beatbox

Beatbox adalah salah satu genre di dalam muzik yang berfokus kepada bunyi-bunyian atau ritma yang dihasilkan menggunakan mulut. Bunyi yang dihasilkan menggunakan mulut ini akan memberikan warna yang lebih menarik dalam sesuatu persembahan musik yang sedang dilakukan. 

Bercakap berkenaan beatbox, SK baru-baru ini berkesempatan meluangkan masa bertemu dengan beatboxer yang dikenali sebagai Muhammad Aiman Azman, 23 tahun. 

Muhammad Aiman atau nama pentasnya Bbbbasic telah berkongsikan kisah menariknya sepanjang menjadi penggiat muzik yang unik tersebut. 

Menurut Bbbbasic, segalanya bermula dengan minat yang mendalam dalam bidang tersebut. Di mana, pada awalnya beliau tertarik dengan DJ dan mula belajar berkenaan bidang tersebut. 

Seiring berlalunya waktu, beliau mula berjinak dengan dunia beatbox dan mula mendapat jemputan untuk melakukan persembahan. 

“Bila saya membuat keputusan untuk berhenti, saya ‘bertemu’ dengan beatbox. Saya mula menyukainya kerana meraskan ia kena dengan jiwa saya.

“Pada masa yang sama, saya juga menjadi seorang DJ tetapi saya melakukannya menggunakan mulut di hadapan orang ramai,” kongsi Bbbbasic mengenai permulaan penglibatannya dalam beatbox

Beliau yang juga pengasas kepada Hotbox Malaysia itu berkata bahawa organisasi tersebut ditubuhkan bagi memberikan ruang kepada penggemar bidang tersebut untuk menonjolkan bakat sedia ada mereka. 

Beatbox sebagai kerjaya

“Saya percaya dekat Malaysia, bukan tak ramai cuma tak ditonjolkan. Sebagai Hotbox Malaysia, kami dorong mereka untuk melangkah ke hadapan,” jelas Bbbbasic berkenaan tujuan utama organisasi tersebut ditubuhkan. 

Pernah dibayar hanya RM100 lebih untuk persembahan tiga jam

Dalam pada itu, berkongsi berkenaan cabaran bidang tersebut, Bbbbasic berkata untuk mendapat bayaran yang setimpal adalah masalah terbesar baginya. 

“Apa yang saya boleh cakap tak cukup. Kebiasaannya, ia bergantung kepada tempat dan selalunya hanya dapat RM100 lebih sahaja secara kasarnya. Dapat seratus lebih untuk tempoh tiga jam. Tapi jumlah tu tak konsisten,” kongsi Bbbbasic lagi mengenai cabarannya. 

Tambahnya lagi, beliau juga pernah mempunyai pengalaman dengan penganjur program yang tidak memberinya sebarang bayaran selepas persembahan tamat. 

“Banyak kali kami perform, tapi tidak dibayar. Sebabnya, mereka kata, mereka berikan pendedahan (exposure) kepada kami,” dedah Bbbbasic kepada SK.

Sementara itu, apabila disoal berkenaan bagaimana menjadi seorang ‘beatboxer’ yang baik, Bbbbasic berkata bahawa memiliki komited yang tinggi adalah jawapan kepadanya. 

BACA: Abang Ni Buka “Petting Zoo” Bergerak, Nak Dedah Masyarakat Dengan Haiwan Eksotik

Beatbox sebagai kerjaya

“Kamu perlu komited untuk berlatih, walaupun untuk menghasilkan bunyi yang biasa. Bunyi yang senang pun jangan pandang remeh. Benda tu akan mempengaruhi bunyi yang lain,” katanya.

Bercerita tentang pandangan ahli keluarganya berkenaan bidang yang diceburinya itu, beliau berkata bahawa mereka pada awalnya tidak menyokong kerjaya pilihannya tersebut.

Bagaimanapun, persepsi itu akhirnya berjaya diubah dan mereka mula menerimanya terutamanya selepas beberapa pencapaian berjaya diraih oleh Bbbbasic. 

Malah, kini keluarganya menjadi pendorong utama dalam menceburi bidang seni tersebut sambil memberi tunjuk ajar apa yang patut.

Di akhir temu bual tersebut, Bbbbasic berharap agar mereka yang terlibat dalam bidang seni dapat memberikan ruang kepada artis beatboxer di Malaysia kelak. 

“Kepada yang terlibat dalam dunia hiburan seperti penganjur karnival, persembahan dan gig. Kita perlu mengetengahkan artis beatbox di Malaysia. Mereka sangat bersemangat tetapi mereka tidak diberikan ruang untuk melakukan persembahan,” akhiri Bbbbasic.

Tonton temubual bersama Bbbbasic di Youtube Siakap Keli di bawah ini:

The post Nekad Jadikan “Beatbox” Sebagai Kerjaya Walau Pernah Hanya Dibayar RM100 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*