Pemuda Terjatuh Depan Kamera Ketika Wartawan Buat Liputan

Pemuda Terjatuh Depan Kamera Ketika Wartawan Buat Liputan

Selalunya, kalau anda sedang menonton berita ataupun mana-mana rancangan yang mempunyai wartawan, anda akan tertumpu kepada wartawan itu kan?

Tetapi, ada juga waktu di mana wartawan itu berlatar belakangkan orang disekelilingnya. Kadang-kadang, drama yang anda sedang tonton pun akan menunjukkan latar belakang orang ramai di belakang pelakon.

Pernah tak anda perasan gelagat mereka yang berada di belakang itu? Ada yang jeling-jeling kamera, buat peace di belakang wartawan, ada yang akan pandang pelakon sekiranya mereka sedang melakukan penggambaran.

Senang cerita, banyak juga gelagat mereka yang terakam di kamera. Termasuklah sebuah video yang menjadi tular disebabkan seseorang yang kebetulan lalu di belakang seorang wartawan.

Sebuah video di platform X oleh BERNAMA TV dengan caption “Ok tak tu dik?” telah menunjukkan gelagat seorang pemuda yang terjatuh di belakang wartawan.

Pada ketika itu, seorang wartawan sedang membuat liputan di Kampung Lata Janggut Seberang, Jeli, Kelantan dan dua orang pemuda telah berjalan di belakangnya.

Dua remaja itu dirakam sedang mengangkat sebuah tong gas dan kedua-duanya berhati-hati berjalan sambil membawanya.

BACA JUGA: Makan Pakai Tangan, Masak Lauk Sedap Untuk ‘Melayukan’ Rakan Sekerja Korea

Tetapi, apabila mereka sudah berada di belakang wartawan itu kira-kira bebarapa meter darinya, salah seorang daripada mereka tergelincir dan saat itu dirakam kamera.

Pemuda yang terjatuh itu secara tidak langsung membuatkan rakannya juga jatuh melutut kerana mereka berdua sedang memegang tong gas yang sama.

Kelihatan samar-samar mereka berdua tergelak dan pemuda itu sempat memandang ke arah kamera sebelum memandang rakannya semula.

Kemudian, mereka berdua sama-sama bangun semula dengan mengangkat semula tong gas itu. Perlahan-lahan mereka menuruni cerun kecil itu sambil membawa tong gas tersebut.

Kebetulan pula, wartawan yang sedang membuat liputan itu sedang bercakap mengenai keadaan jalan utama yang digunakan oleh mereka itu yang berlecak.

Jadi, tidak hairanlah mengapa pemuda itu boleh terjatuh. Sudahlah dia mengangkat tong gas, terjatuh pula. Nasib baiklah tong gas itu tidak terkena mereka berdua.

Setakat penulisan artikel ini, video itu telah mempunyai 4,430 viewers.

Sumber: BERNAMA TV 

BACA JUGA: Makan Pakai Tangan, Masak Lauk Sedap Untuk ‘Melayukan’ Rakan Sekerja Korea

The post Pemuda Terjatuh Depan Kamera Ketika Wartawan Buat Liputan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*