Sofyank “Up” Video Terbaru, Menyelit “Join” Masuk Polis Evo 3

Sofyank polis evo

Sofyank “Up” Video Terbaru, Menyelit “Join” Masuk Polis Evo 3

Sofyank muat naik video terbaru yang memaparkan kesan khas adegan Polis Evo 3 yang menampilkan dua bintang utama filem itu iaitu Zizan Razak dan Shaheizy Sam.

Muat naik video itu dengan pantas kemudiannya menjadi bualan hangat peminat filem aksi hebat tersebut.

Berdasarkan video terbaru itu, aksi bermula sewaktu Sofyank mahu menonton tayangan perdana Polis Evo 3. Adegan dimulakan Zizan bersama Sam cuba memotong wayar bom.

Zizan kemudiannya meminta Sofyank yang berada di atas kerusi di ruang tamu untuk memberikan pemotong wayar.

Yang lebih menarik, adegan itu turut menunjukkan Sofyank menggunakan bahasa Kelantan berbalas dialog dengan Zizan.

“Hei, tolong ambil pemotong wayar,” kata Zizan dalam adegan itu.

“Kito tak tau,” balas Sofyank pula.

“Pemotong wayar, playar, playar,” kata Zizan lagi.

“Hoh kejap, meta, meta,” balas Sofyank lagi.

Video itu kemudiannya memaparkan Sofyank pergi mengambil playar dan memberikannya kepada Zizan yang berada di dalam televisyen.

Video menjadi lebih menarik selepas Zizan yang ragu-ragu untuk memotong wayar bom telah menyebabkan Sofyank masuk ke dalam TV bagi membantu selesaikan masalah tersebut.

Akibat salah memotong wayar, bom akhirnya meletup dan kesan khas yang ditunjukkan menerusi video muat naik Sofyank itu seakan-akan benar-benar terjadi.

Kredit TikTok

Di akhir video tersebut, dua pelakon utama filem itu sempat mempromosikan kepada penonton untuk menyaksikan filem itu di pawagam.

Dah Siap “Edit”, Sofyank Kongsi Video Terbaru Dalam “Harddisk” Yang Hilang Di Singapura

Pereka kandungan digital terkenal tanah air, Sofyank pada hari ini telah berkongsikan sebuah video terbaru yang dikatakan salah satu content yang terdapat dalam ‘harddisk‘ yang hilang tempoh hari.

Video berdurasi 1 minit 28 saat itu merupakan rakaman video kesan khas yang dibuat untuk produk G-Shock G-B001 dan telah dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

“Ini salah satu video yang ada dalam harddisk yang hilang tempoh hari. Video effect kami buat khas untuk G-Shock G-B001, hasil collaboration bersama @mshaffuan,” tulis kapsyen muat naik videot terbaru tersebut.

Harddisk itu dipercayai berada dalam beg miliknya yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu sewaktu berada di Lapangan Terbang Changi, Singapura.

@sofyank96

Hari tu dapat peluang shoot video dengan abang sam dan abang zizan, kali ini kita try buat video effect secara praktikal. Harap korang terhibur 🤍 #PolisEvo3 #KitaLagiKuatBoh #PolisEvo #pe3

♬ original sound – Sofyank96 – Sofyank96

Sumber: TikTok via @sofyank96

The post Sofyank “Up” Video Terbaru, Menyelit “Join” Masuk Polis Evo 3 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*