New York Dilapor Benarkan Mayat Dijadikan Sebagai Baja Kompos

New York Benarkan Guna Mayat Sebagai Baja Kompos

New York Dilapor Benarkan Mayat Dijadikan Sebagai Baja Kompos

New York menjadi negeri terbaharu di Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan proses pengkomposan baja menerusi mayat manusia, lapor BBC.

Juga dikenali sebagai proses ‘penguraian organik semula jadi’, proses ini dijalankan ke atas mayat yang mereput selama beberapa minggu selepas diletakkan dalam sebuah bekas yang tertutup.

Difahamkan, alternatif ini bertujuan lebih mesra alam berbanding pengebumian dan pembakaran mayat.

Gabenor Demokrat New York, Kathy Hochul meluluskan alternatif berkenaan pada Sabtu lalu dan proses itu bakal dijalankan di fasiliti tanah khas.

Menerusi kaedah itu, mayat akan dimasukkan ke dalam bekas tertutup bersama bahan-bahan tertentu misalnya kayu alfalfa, dan rumput jerami sehingga proses penguraian beransur sedikit demi sedikit hasil tindak balas mikrob.

Selepas tempoh sekitar sebulan, proses pemanasan dilakukan ke atas baja tersebut untuk membunuh sebarang jangkitan sebelum tanah itu diserahkan kepada waris si mati untuk kegunaan pertanian misalnya menanam bunga, sayur-sayuran atau pokok.

Sementara itu, sebuah syarikat di AS, Recompose menjelaskan bahawa langkah itu mampu menjimatkan satu tan karbon berbanding kaedah pembakaran mayat atau pengebumian secara tradisional.

Tambahan lagi, sebahagian orang yang menyokong alternatif itu menyatakan bahawa ia bukan sahaja mesra alam namun juga lebih praktikal di kawasan bandar yang mempunyai tanah perkuburan yang terhad.

New York menjadi negeri keenam yang membenarkan kaedah tersebut dijalankan.

Terdahulu, ibu negara AS, Washington menjadi negeri pertama yang ‘menghalalkan’ proses itu diikuti oleh Colorado, Oregon, Vermont dan California.

Di Sweden, kerajaannya telah memberi kelulusan terhadap pengkomposan manusia.

Sumber: BBC News

The post New York Dilapor Benarkan Mayat Dijadikan Sebagai Baja Kompos appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*