NOMBOR TELEFON KENA SEKAT – ISTERI PERTAMA SUAMI MIERA LEYANA TUNTUT NAFKAH YANG LEBIH SETAHUN TAK BAYAR

Suami pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman dengan isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai dalam rumah tangga mereka.

Memetik MalaysiaKini, peguam syarie Adibah, Khairul Anwar Rahmat, berkata proses dengan isteri pertama semalam tidak mencapai kata sepakat untuk kedua-dua berbaik.

“Cubaan mencari jalan tengah untuk berdamai melalui proses sulh hari ini gagal. Justeru, kami berharap Rosland bersedia dengan tuntutan yang akan dikemukakan,” jelasnya.

Klik untuk gambar besar

Difahamkan, isteri pertama Rosland telah menuntut untuk menyelesaikan tuntutan nafkah dia dan hak anak-anak yang tidak dilunaskan oleh suaminya itu selama lebih setahun. Malah, Rosland dilapor telah menyekat panggilan telefon dan aplikasi pesanan ringkas sejak September 2021.

“Roslan tak menjaga hati isteri pertamanya apabila tak memberikan nafkah, selain menyekat panggilan telefon dan aplikasi teks pesanan ringkasnya. Ini adalah satu penderaan mental yang berpanjangan, ditambah pula dia juga sudah lama tak pulang ke rumah Adibah.

“Perbuatan ini ibarat perkahwinan berusia lebih 20 tahun itu tak ada nilai. Orang lain juga berpoligami tapi jangan burukkan nama agama,” katanya.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*