Pemuda Kongsi Beza Belajar Di UK Dengan Malaysia

pengalaman sambung belajar di uk

Pemuda Kongsi Beza Belajar Di UK Dengan Malaysia

Pernah tak anda ada keinginan untuk belajar di luar negara, lagi-lagi di United Kingdom? Jika ya, mungkin artikel ini untuk anda.

Mungkin motivasi kita belajar di UK adalah berbeza-beza. Bagi yang suka berjalan-jalan, UK merupakan satu negara yang berdekatan dengan negara-negara Eropah lain. Jadi, anda tidak perlu untuk berbelanja banyak jika mahu bersiar-siar di negara yang berdekatannya dengannya.

Jika anda peminat bola sepak, lagi-lagi jenis mengikuti perkembangan terkini mengenai EPL, belajar di UK juga merupakan salah satu impian anda.

Anda boleh menonton perlawanan pasukan EPL kegemaran anda dengan mata ada sendiri. Selain itu, anda juga boleh mengunjungi stadium-stadium yang sinonim dengan kelab-kelab EPL seperti Old Trafford, Anfield, Stamford Bridge dan sebagainya.

Seronoknya? Tetapi… adakah perbezaan budaya belajar di sana mampu diterima oleh rakyat Malaysia? Untuk menjawab persoalan ini, seorang pemuda Twitter, Akram (@silly_boney) berkongsi realiti belajar di UK buat anda.

Beza jika sambung belajar di UK dengan Malaysia

Memandangakan ada beberapa junior menghantar DM (direct message) berkenaan perbezaan budaya universiti di Malaysia dan United Kingdom, aku akan berkongsi pemerhatian dan perbandingan yang disifatkan ketara bagi aku.

Di United Kingdom, terdapat beberapa cara pembelajaran kita yang tidak boleh diamalkan di sana.

1. Strike (Mogok/Demonstrasi)

Di sini, mereka akan adakan mogok atau demonstrasi secara aman utuk hampir semua sektor seperti, universiti, train, tram, bus, posmen, pekerja kesihatan, sekolah dan sebagainya.

Hal ini disebabkan, semua insititusi di UK memiliki union (kesatuan) yang didaftarkan secara sah. Bagi pensyarah-pensyarah yang menjadi sebahagian daripada ahli kesatuan, mereka akan membatalkan kelas dan tidak akan memberikan nota/slaid bagi minggu yang ada strike.

Untk makluman, tujuan strike diadakan untuk menuntut hak sebagai pemegang taruh, gaji yang lebih munasabah, isu alam sekitar dan lain-lain.

Jadi, boleh dikatakan banyak kelas yang dibatalkan dalam satu bulan. Sejak semester musim luruh sampailah musim bungi, masyarakat di sini tidak berhenti-henti daripada melakukan strike.

pengalaman sambung belajar di united kingdom UK
Kredit: Twitter Amirul Akram

Kiranya, apabila strike berlaku, kebanyakan pelajar universiti tidak akan memperoleh apa-apa input untuk sesuatu topik, yang mungkin membantu dalam menyelesaikan tugasan atau mejawab soalan peperiksaan.

Bagi aku, ada sedikit rasa rugi kerana kita telah membayar yuran pengajian yang agak mahal tetapi tiada satu input yang diperolehi.

Menariknya, pensyarah-pensyarah yang menyertai strike tersebut, tidak akan memperoleh gaji bagi bukan berkenaan.

2. Punctuality (Menepati masa)

Semua kelas berlangsung tepat pada masanya! Kelas mula tepat, kelas habis pun tepat pada masanya. Hal ini berkemungkinan, para pensyarah di sana sangat menghormati masa pelajarnya kerana ada segelintirnya perlu berkerja separuh masa.

Berbeza dengan konsep ibubapa yang diamalkan di Malaysia, pensyarah di sini akan melihat para pelajarnya sebagai seorang klien.

Manakala, kandungan pengajaran pula diibaratkan sebagai produk kepada para klien. Kebanyakan masa, kelas akan berakhir tepat pada waktunya, tidak ada yang kurang mahupun terlebih.

pengalaman sambung belajar di united kingdom UK
Kredit: Twitter Amirul Akram

Mereka juga tidak akan mengadakan kelas tambahan, walaupun pada topik-topik yang memerlukan penerangan yang lebih jitu.

Jika ada sesi soal jawab (Q&A), kalau ada banyak macam mana pun soalan, kelas tersebut akan berakhir tepat pada masanya. Pada awalnya, aku macam terkejut sebab aku jenis yang suka tanya banyak soalan.

3. Kata sapaan hormat (Dr., Prof.)

Perkara ini merupakan perkara yang lazim dan sering disebut oleh para pelajar Malaysia yang menyambung pengajiannya di UK. Beberapa pensyarah di sana sememangnya tidak gemar jika kita memanggil diri mereka dengan menggunakan pangkat akademik Dr. Prof.).

Ada seorang pensyarah berpangkat Dr., dia memang bertegas tidak mahu para pelajarnya memanggilnya sebagai Dr. Lain pula dengan geng kami yang kebanyakannya berasal dari Asia Tenggara, kitakan sudah terbiasa dengan budaya ini.

Walau bagaimanapun, ada seorang rakan sekelas aku yang masih tetap memanggilnya dengan gelaran Dr. Sampai sat tahap, pensyarah tersebut menajamkan nada dan menegaskan agar tidak berbuat demikian.

Selepas itu, aku terus faham dan menghormati permintaannya. Kadang-kadang, rasa kelakar pun ada sebab semasa berborak, kita akan panggil pensyarah tersebut dengan hanya menggunakan nama.

Akan tetapi, rasa hormat terhadap pensyarah masih ada walaupun beliau meminta agar tidak dipanggil dengan menggunakan kata sapaan hormat.

4.  Cara pengajaran pensyarah di UK

Dekat UK pun ada sahaja pensyarah yang jenis ‘suap’ (spoon-feed) pelajar mereka dan ia bukan satu perkara yang teruk pun. Dalam enam orang pensyarah, salah seorang daripadanya rajin untuk berbuat demikian.

Pensyarah tersebut berbuat demikian kerana beliau mahu apa yang diajarnya, dipraktikkan dalam penulisan tugasan bagi subjek itu.  Secara keseluruhannya, cara penyampaian pensyarah kepada para pelajar memang tiptop. Boleh diibaratkan macam buat public speaking.

Aku selalu membuat kandungan video di YouTube dan berkongsi pengalaman belajar dan life hacks di UK. Harap bantu subscribe.

  • Daily Routine of Master’s Student 

  • Scholarship Hunting Tips & Experience 

Aku nak memotivasikan orang muda agar tidak mengehadkan kemampuan diri sendiri.

5. Junior “disekat” daripada mengenali senior

Bunyi macam pelik tetapi beginilah cara universiti membasmi kegiatan plagiat secara total. Terutamanya, bagi para pelajar ijazah sarjana (Master), pihak universiti tidak akan menghubungkan mana-mana junior dan senior untuk mengelak perkongsian nota. .

Jangan ada sama langsung dari segi struktur esei, jadual, ayat dan sebagainya. Kawan aku ada yang terkena. Walaupun satu ayat sahaja, mereka dapat mengesannya dengan segera.

Jika ‘ditangkap’, akan terus dapat e-mel untuk dipanggil ke perjumpaan disiplin untuk disoal siasaat. Jika pensyarah tersebut tidak merasa berpuas hati dengan sebab yang diberikan, markah kosong akan diberikan secara automatik.

Kiranya, gagal dan perlu menduduki kertas itu semula. Senang cerita, mereka mahu semua ida yang diberikan datang dari kita sendiri.

Perbincangan adalah dibenarkan tetapi konsep penulisan tersebut mestilah bersifat asli.

6. Pelbagai ‘accent’

Walaupun dekat UK sekalipun, orang Essex, Sussex, Welsh, London, Sheffield semuanya menggunakan accent yang berbeza!

Jadi, mereka sudah bersedia untuk menerima pelbagai accent dari Malaysia, Jepun, Eropah, Idia   dh ready utk handle accents from Malaysian, Japanese, European, Indian, Cyprus dan sebagainya.

Penduduk di sini tidak akan mentertawakan bahasa Inggeris anda, walaupun berterabur ataupun ‘broken’.

Malahan, mereka legi kagum dengan kita kerana fasih bertutur bahasa Inggeris dan menguasai lebih dari satu bahasa. Kalau kes aku, aku ada asas dalam bahasa Arab dan mula belajar bahasa Sepanyol.

Tidak perlu risau akan halangan bahasa (language barrier), asalkan dapat faham dan mesej sampai. Aku memang boleh jadi kawan baik dengan rakan-rakan dari Colombia dan Suffolk (Timur England).

pengalaman sambung belajar di united kingdom UK
Kredit: Twitter Amirul Akram

7. Buka komputer riba semasa kelas

Sudah jadi satu norma bagi para pelajar untuk memandang komputer riba masing-masing masa kelas. Pensyarah pula tidak akan tegur kerana mereka mahu sesi pembelajaran bersifat bebas kertas dan percaya akan pelajarnya.

Ikutlah, nak pandang komputer riba sendiri ke, muka pensyarah ke, tengok Netflix ke, sebab kesannya akan berbalik pada pada diri kita sendiri.

8. Menyusun Rujukan (Referencing)

Perkara ini sudah lama ditekankan oleh pihak universiti. Di Malaysia, biasanya kita akan pakai format APA (American Psychological Association). Manakala, universiti di UK akan menggunakan format Harvard.

Tugasan yang letakkan masa dan usaha lebih untuk cantikkan referencing, memang akan dapat markah tinggi. Kalau yang kurang baik pula akan mendapat markah rendah.

Selain Harvard, universiti di sana turut meminta anda membuat referencing bagi format Harvard UoS.

9. Kod Pemakaian

Tiada garis panduan yang ditetapkan tetapi pastikan pakaian anda sopan, selesa dan tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini antara pakaian yang aku selalu pakai semasa ke kelas. Tiada sesiapa yang akan mengata pasal pakaian anda.

Kebiasaannya, pelajar dari China akan berpakaian segak dari hujung rambut ke hujung kaki.

Berikut berupakan perkongsian dari Amirul Akram, semoga impian anda untuk sambung belajar di United Kingdom dapat dipermudahkan.

BACA: Teringin Nak Sambung Belajar Ke Luar Negara, Pemuda Kongsi Cara Nak ‘Buru’ Biasiswa Tampung Kos Pengajian

Sumber: Amirul Akram via Twitter

 

The post Pemuda Kongsi Beza Belajar Di UK Dengan Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*