Oyen Gigit Kepala Wanita Minta Henti Nyanyi Bikin Geli Hati

oyen gigit kepala wanita

Oyen Gigit Kepala Wanita Minta Henti Nyanyi Bikin Geli Hati

Kita sering dihidangkan dengan telatah aneh kucing berbulu oren sehingga tidak merasa pelik sekiranya binatang itu melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.

Walaupun berada di negara yang lain, perangai oren atau panggilan mesranya oyen sememangnya sama dan tiada beza, sering memaparkan aksi ganjil yang menghiburkan orang ramai.

Oyen yang sering membuat masalah masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kerana siapa sahaja yang sanggup membenci binatang berbulu itu?

BACA: Oyen Rosak, Walau Mengantuk Masih Layan Tuan

Oyen gigit kepala wanita

Baru-baru ini, tular di media sosial Indonesia berkenaan gelagat seekor kucing oyen yang bertindak di luar kawalan hingga meraih perhatian warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rohoddpanjaitan, ia memaparkan oyen telah menggigit wanita yang sedang asyik bernyanyi kerana tidak tahan dengan suaranya.

Oyen yang sebelumnya sedang siap sedia untuk tidur telah bangun dan berjalan menuju ke arah wanita itu.

Wanita tersebut yang baring di hadapan oyen itu menyanyi dengan sekuat hati namun dia tiba-tiba berhenti kerana haiwan berbulus itu menggigit mukanya.

Kredit: @rohoddpanjaitan/TikTok

Apabila selesai meninggalkan kesan di muka wanita itu, oyen kemudiannya kembali ke tempat asalnya dan mula untuk membuat hal sendiri.

Bagaimanapun, ketika haiwan itu sedang sibuk menjilat badannya, wanita itu kembali menyanyi semula membuatkan ia bangun semula dan menggigitnya.

Menurut pemiliknya, oyen merupakan seekor haiwan yang paling tidak suka mendengar orang menyanyi.

Disebabkan itu, ia memilih untuk menggigit sesiapa yang menyanyi menunjukkan tanda tidak suka selain memintanya untuk berhenti.

Telatah oyen semestinya membuatkan ramai yang terhibur kerana rata-rata warga maya tidak menyangka ia akan bertindak sedemikian.

Ia memaparkan oyen juga mempunyai hati sama seperti manusia iaitu tidak boleh berselindung daripada menunjukkan perasaan benci.

Kredit: @rohoddpanjaitan/TikTok

Pada akhir video, oyen hanya merenung memberi pandangan tajam kepada wanita tersebut, kemungkinan sudah penat memberi amaran.

Komen warga maya

Segelintir warga maya meninggalkan komen dengan mereka dialog yang kemungkinan oyen ungkapkan sekiranya ia boleh bertutur.

“Kucing: bakat terpendam mu, kau pendam sahaja lah,” seloroh netizen.

“Kucing pun stres,” komen warga maya.

“Sebab ini kot kucing bila pergi vet pihak klinik kata stres,” ujar netizen lagi.

@rohoddpanjaitan

Kucing aja gk suka dengar apalagi orang #kucingmarah #kucingtiktok #fyp #biarkan

♬ suara asli – Gemini25 – Gemini25

Sumber: @rohoddpanjaitan/TikTok

The post Oyen Gigit Kepala Wanita Minta Henti Nyanyi Bikin Geli Hati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*