Padah Menyamar Putera Ghana, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

menyamar putera ghana

Padah Menyamar Putera Ghana, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

OHIO — Seorang  lelaki dari Ohio dijatuhi hukuman penjara 20 tahun selepas menyamar sebagai putera Ghana, lapor CNN

Difahamkan, lelaki berkenaan telah menipu sekurang-kurangnya 14 mangsa dengan jumlah keuntungan melebihi RM3.6 juta (lebih $800,000).

Tertuduh disabitkan kesalahan pada September lalu atas kesalahan melakukan penipuan menerusi email dan gangguan terhadap mangsa.

Menurut Jabatan Kehakiman, tertuduh melakukan penipuan selepas mangsa percaya wang itu dilaburkan ke dalam syarikat perlombongan dan trak Afrika.

Tambahan lagi, tertuduh juga mendakwa dirinya merupakan Putera Ghana dan mempunyai hubungan dengan syarikat berkenaan. Antara mangsa yang telah ditipu oleh lelaki berkenaan termasuklah ahli Power House of Prayer Ministries.

Difahamkan, bapa tiri tertuduh juga dilaporkan terlibat dalam kes ini susulan mendakwa diri sebagai seorang Menteri. Hasil laporan mendedahkan wang yang diperolehi digunakan untuk tujuan peribadi seperti menyewa rumah dan membeli kereta mewah.

Sehubungan itu, Hakim Daerah, Michael J. Newman telah menjatuhkan hukuman maksimum selama 20 tahun walaupun pihak pendakwa (plaintif) meminta hukuman tambahan selama 14 tahun.

“Setiap jenayah yang dilakukan tertuduh dirancang secara senyap dan teliti. Tertuduh bertindak mengambil kesempatan dengan mengancam dan menakutkan mangsa,” katanya.

BACA JUGA: Gerun Tengok, Tular Penampakan Ular Gergasi 

Bagaimanapun, pihak defenden meminta hukuman diringankan dengan dokumen sokongan. Peguam bela juga menyatakan bahawa tertuduh mempunyai seorang isteri dan enam orang anak termasuk yang menghidap kanser tahap empat.

Sementara itu, bapa tirinya turut mengaku bersalah sewaktu pertuduhan dibicarakan pada bulan Disember lalu. Tertuduh akan menjalani hukuman pada hujung bulan ini.

Menyamar Sebagai Polis, Lelaki Larikan Wang Nenek Bernilai RM700K

Terdahulu, seorang lelaki dilaporkan sanggup menyamar sebagai anggota polis dan melarikan wang tunai sebanyak RM318,000 termasuk jongkong emas bernilai RM395,000 sewaktu datang ke rumah warga emas di Aichi, Jepun, lapor Tribun News.

Difahamkan, suspek yang berusia 50-an telah membawa barangan bernilai milik mangsa yang disimpan di dalam peti besi keselamatan.

Menurut laporan pihak polis, mangsa memaklumkan bahawa telah menerima panggilan daripada suspek berhubung wang palsu. Susulan itu, suspek dilaporkan tiba ke rumah mangsa selang beberapa minit kemudian sebelum kejadian itu berlaku.

Sumber: CNN

The post Padah Menyamar Putera Ghana, Lelaki Dipenjara 20 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*