Padah Telan Pisang Dibaluti Kondom, Lelaki Terpaksa Tanggung Sakit Usus Tersumbat

Telan Pisang Dibaluti Kondom

Padah Telan Pisang Dibaluti Kondom, Lelaki Terpaksa Tanggung Sakit Usus Tersumbat

Seorang lelaki berusia 34 tahun terpaksa menanggung derita selepas ususnya dilaporkan tersumbat akibat menelan sebiji pisang yang dibaluti kondom.

Menurut laporan New York Post, kejadian yang dianggap sebagai kes pertama di dunia itu diterbitkan pada awal minggu ini dalam jurnal “Cureus.”

Kes pelik tersebut berlaku selepas pesakit yang tidak dikenali itu pergi ke hospital kerana mengalami sakit perut, loya dan muntah.

Lelaki itu juga dikatakan tidak boleh mengambil sebarang makanan atau minuman dan tidak boleh membuang air besar selama lebih 24 jam, lapor Jam Press.

Susulan daripada itu, doktor telah melakukan imbasan CT dan menemui pisang tersebut tersumbat di usus kecilnya.

Gambar: Jam Press

Difahamkan, pesakit berkenaan mempunyai sejarah kemurungan dan nekad menelan buah yang dibalut dengan kondom dalam keadaan ‘kemarahan hormon’, lapor New York Post.

Bagaimanapun, pesakit itu perlu menjalani pembedahan dan doktor berjaya mengeluarkan pisang tersebut melalui dubur pesakit.

Lelaki itu kemudiannya dibenarkan pulang tiga hari selepas membuang belon kalium, keadaannya semakin pulih sehingga dia boleh makan dan membuang air besar semula tanpa masalah.

“Dua minggu selepas pembedahan, dia berdiet tanpa sebarang loya atau muntah,” kata laporan itu.

“Dia kembali membuang air besar, dan kesakitannya berjaya dikawal dengan baik.”

Mereka juga mengatakan bahawa pesakit itu dapat menyambung semula gaya hidup aktifnya secara perlahan-lahan dan tidak mempunyai sebarang kebimbangan.

Menurut kajian itu, pengarang menyatakan bahawa halangan usus kecil jarang berlaku dan biasanya disebabkan oleh ‘pengambilan kondom yang berisi dadah untuk menyeludup dadah.’

Walau bagaimanapun, kejadian menelan objek yang pelik ini bukanlah kali pertama berlaku.

Pada awal bulan ini, doktor mendapati bahawa seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang sakit “colicky” disebabkan oleh tertelan gelang magnet.

Sumber: New York Post

The post Padah Telan Pisang Dibaluti Kondom, Lelaki Terpaksa Tanggung Sakit Usus Tersumbat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*