Padah Tiru “Hacklife” Tiktok, Rumah Pelajar Terbakar

Tiru “Hacklife” Tiktok rumah terbakar

Padah Tiru “Hacklife” Tiktok, Rumah Pelajar Terbakar

Tindakan seorang pelajar di London yang mahu mencuba trend TikTok membawa pada apabila ia menjadi punca rumahnya terbakar, lapor Daily Mail.

Pelajar universiti berkenaan dilapor cuba meniru trend membakar roti keju berpandukan tips popular di aplikasi perkongsian video tersebut.

Difahamkan pelajar berkenaan membiarkan roti yang dibakar menggunakan pembakar tanpa pengawasan hingga menyebabkan kebakaran berlaku.

Padah tiru “Hacklife” Tiktok, rumah terbakar

Susulan daripada itu, empat buah jentera bomba dipanggil ke tempat kejadian di kampus Avery Hill Universiti Greenwich di tenggara London. Bomba yang menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.40 pagi waktu tempatan memerlukan masa selama 40 minit untuk mengawal kebakaran.

Menurut laporan Daily Mail, seramai 12 anggota bomba dari empat balai berbeza bertungkus-lumus memadamkan api dalam operasi tersebut.

Kebakaran tersebut telah menyebabkan sebahagian besar dapur rumah tersebut musnah dijilat api. Mujurlah, tiada sebarang korban nyawa dilaporkan.

Rakaman keadaan rumah selepas api berjaya dipadam menunjukkan dapur rumah terbakar dengan dinding hitam dan peralatan yang musnah.

Rumah nyaris terbakar penuh

Pasukan Bomba London (LFB) mengatakan sebahagian daripada tingkat bawah blok tiga tingkat telah rosak akibat kebakaran.

“Kebakaran berlaku selepas seorang pelajar membakar roti bersama keju menggunakan pembakar roti. Roti kemudian dibakar tanpa pengawasan,” kata pihak bomba.

Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai agar menggunakan produk elektrik seperti pembakar roti mengikut saranan yang ditetapkan oleh pengeluar.

Jelas bomba lagi, pembakar roti juga perlu dibersihkan selalu dan ia tidak direka untuk digunakan membakar selain daripada roti.

“Bukan sahaja ia menjana haba ke permukaan, tetapi serpihan sisa kering dari bahagian bawah pembakar boleh menyebabkan api menyala.

Selain itu, pihak bomba menasihatkan untuk memastikan permukaan kerja dapur tidak sarat dengan barangan elektrik lain terutamanya berhampiran bahagian pembakar roti dan dapur masak.

Hal ini kerana ia secara tidak sengaja boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran.

Terdahulu, viral sebuah video ”hacklife” yang dimuat naik di laman TikTok dimana berkongsi tips bagaimana membuat roti bakar keju hanya dengan menggunakan pembakar roti.

Gambar: London Fire

BACA: Bagaimana Kewajiban Solat Sebelum Peristiwa Israk Mikraj?

Sumber: Daily Mail

The post Padah Tiru “Hacklife” Tiktok, Rumah Pelajar Terbakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*