“Allah Tidak Pernah Tidur” – Faisal Halim

allah tidak pernah tidur faisal

‘Allah tidak pernah tidur,’ demikian kenyataan ringkas pemain sayap pasukan Selangor FC Mohammad Faisal Abdul Halim sejurus berita mengenai pergantungannya disiarkan.

Dalam satu hantaran di Instagram, Faisal Halim atau lebih dikenali Mickey itu membuat kenyataan tersebut dengan meletakkan gambarnya memakai jersi pasukan Selangor FC.

Tonggak Selangor FC itu membuat kapsyen tersebut sambil meletakkan emoji tangan berdoa serta warna merah dan kuning, yang melambangkan warna pasukannya.

Kredit: faisalhalim.7/Instagram

Memunggah di laman Instastory (IGs), pemain berusia 25 tahun itu dilihat menyiarkan semula hantaran IGs kata-kata semangat yang dibuat oleh orang awam.

Mereka menyiarkan gambar Faisal Halim sambil memberikan kata-kata semangat supaya pemain bola sepak itu tidak berasa sedih atas berita pergantungannya.

“Awak akan kembali lebih kuat dari sebelumnya,” kata amn.foto.

Faisal Halim kemudiannya membalas IGs itu dengan emoji tangan berdoa serta tangan yang menunjukkan dia ‘kuat’.

Kredit: faisalhalim.7/Instagram

Kemudian, seorang lagi peminat berharap agar Faisal Halim tidak terbawa-bawa dengan perasaan sedih dan mengatakan Allah mempunyai perancangan yang lebih baik.

“Terus bersemangat Mickey! Perancangan Allah itu cantik,” ujar fadhilasyala.

Kredit: faisalhalim.7/Instagram

BACA: Mohamad Faisal Mahu Terus Jadi ‘Mesin Gol’ Ketika Bertemu Vietnam

Digantung empat bulan

Terdahulu, Selangor FC mengumumkan Faisal Halim telah digantung selama empat bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perkara itu dibuat susulan pemain tersebut membuat kenyataan yang menyatakan rasa kecewa selepas aksi Liga Super menentang Sabah FC pada 27 April lepas.

Dalam satu kenyataan, Selangor FC berkata pemain berusia 25 tahun itu akan digantung beraksi selama empat bulan berkuat kuasa 25 Julai.

Difahamkan, Faisal Halim dan juga wakil kelab telah hadir bertemu Jawatankuasa Tatatertib bagi sesi perbicaraan berhubung perkara tersebut pada semalam.

“Pada hari ini, Selangor FC telah dimaklumkan mengenai keputusan Jawatankuasa Tatatertib.

“Pemain dikenakan pergantungan selama sebulan dahulu bermula 25 Julai hingga 28 Ogos.

“Baki tiga bulan adalah ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pemain selama 12 bulan dari tarikh 24 Ogos 2023 sehingga 24 Ogos 2024.

“Oleh itu, beliau tidak boleh disenaraikan untuk perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim FC, Kuala Lumpur City Fc, Negeri Sembilan FC dan kedua-dua perlawanan Piala Malaysia menentang PDRM FC,” kata kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Sumber: faisalhalim.7/Instagram

The post “Allah Tidak Pernah Tidur” – Faisal Halim appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*