Pasukan Futsal Palestin Tak Patah Semangat, Berjaya Tundukkan India 6-5

pasukan futsal palestin

Pasukan Futsal Palestin Tak Patah Semangat, Berjaya Tundukkan India 6-5

Pasukan futsal lelaki Palestin berjaya menumpaskan pasukan India dengan keputusan 6-5 dalam pertandingan kelayakan kumpulan E di pentas AFC Futsal Piala Asia 2024.

Perlawanan yang berlangsung di Thailand itu telah menjadi tumpuan bagi beberapa negara Asia yang lain dalam kelayakan Piala tersebut.

Biar pun negara sedang bergolak, semangat juang pasukan futsal Palestin tidak berjaya dipatahkan oleh pasukan lawan.

Kemenangan itu telah dikongsikan oleh AFC Asian Cup di laman X mereka pada malam tadi sejurus tamat perlawanan.

“Palestin menewaskan India dalam perlawanan Kumpulan E kelayakan AFC Futsal 2024 dengan cemerlang,” tulis ciapan muat naik tersebut.

Memetik AFC Federation, gol pembukaan Palestin berjaya disumbangkan oleh Mousa Harara pada minit ketiga.

Seminit kemudian, seorang lagi pemain Palestin iaitu Zaher Alsamahi berjaya menggandakan jaringan mereka.

India merapatkan kedudukan dengan jaringan David Laltansanga ketika lima minit masa tambahan.

India berada di depan selepas tiga gol berjaya disumbat menerusi jaringan berganda Nikhil Rajendra Mail dan Lalthansanga.

Palestin tidak berputus asa selepas satu gol menerusi sepakan Ahmed Mohammed pada peringkat akhir separuh masa pertama berjaya disumbangkan.

India mendahului 4-3 tamat separuh masa pertama

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 4-3 didahului oleh pasukan futsal India.

Masuk babak kedua, Ahmed Massriea berjaya menyamakan kedudukan untuk Palestin pada minit ke-23.

Keputusan seri itu tidak bertahan lama selepas K Roluahpuia dari India berjaya menjaringkan gol selepas lima minit jaringan oleh Ahmed Massriea.

Pasukan Asia Barat itu bagaimanapun berjaya mengasak lawan dan akhirnya mereka dihadiahkan jaringan gol tambahan menerusi Ahmed Massriea pada minit ke-35.

Jaringan keenam Palestin berjaya dijaringkan oleh Fahjan dan seterusnya melakar kemenangan dramatik.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sumber: AFC Federation, X/@afcasiancup

The post Pasukan Futsal Palestin Tak Patah Semangat, Berjaya Tundukkan India 6-5 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*