Patah Leher, Empat Maut Gara-Gara Buat Cabaran TikTok 

empat maut tiktok challenge

Patah Leher, Empat Maut Gara-Gara Buat Cabaran TikTok 

WASHINGTON — Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan meninggal dunia kerana patah leher sewaktu melakukan cabaran TikTok di Alabama, Amerika Syarikat.

Memetik Daily Mail, cabaran itu menyaksikan mangsa melompat dari belakang bot sewaktu bergerak pada kelajuan tinggi.

Skuad Penyelamat Childersburg di Alabama, Kapten Jim Dennis dan Pasukan Penyelamat WPDE mengesahkan kematian empat individu tersebut berikutan dipercayai patah leher serta-merta.

“Mereka melakukan cabaran TikTok dengan menaiki bot berkelajuan tinggi dan melompat di belakang bot sambil mendahului kaki ke dalam air.

“Dalam enam bulan lalu, kami menerima laporan sebanyak empat mangsa maut sewaktu melompat keluar dari bot. Perkara itu menyebabkan leher mereka patah dan menyebabkan kematian serta-merta,” katanya.

Gambar: TikTok

Tambah Dennis, kematian tersebut sepatutnya boleh dielakkan.

Walau bagaimanapun, akibat mahu mempamerkan terhadap warganet dan rakan-rakan di media sosial, mereka sanggup melakukan trend tersebut.

Gambar: TikTok

Empat Kematian 

Trend yang dipopularkan itu bukanlah kali pertama meragut nyawa. Pada Februari lalu, kejadian yang sama berlaku dengan kematian direkodkan.

Sementara itu, WPDE berkata insiden terbaharu berlaku pada Mei lalu melibatkan seorang lelaki lingkungan pertengahan umur.

BACA JUGA: Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 41 Hotel, Badan Hancur

Difahamkan, video berkenaan dipercayai dirakam di Tasik Norman, Carolina Utara.

Sebelum ini, dua orang remaja dilaporkan meninggal dunia selepas melakukan cabaran tersebut.

Remaja pertama berusia 15 tahun meninggal dunia pada Ogos 2020. Manakala seorang lagi remaja, 13,  maut pada April tahun ini.

Gadis Maut Terlebih Dos Dipercayai Telan Ubat Buat “Challenge”

Terdahulu, seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai mengambil ‘Benadryl’ secara berlebihan, lapor Metro UK.

Gadis perempuan tersebut difahamkan sedang melaksanakan cabaran menerusi aplikasi TikTok.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di Oklahoma City, Oklahoma, ketika mencuba ‘Benadryl Challenge’.

Cabaran tersebut menyaksikan para peserta perlu mengambil sekurang-kurangnya 12 kapsul ubat ‘anti-alergi’.

Pegawai Pusat Informasi Racun dan Dadah, Scott Schaeffer menyatakan pengambilan dos yang berlebihan sehingga menyebabkan halusinasi berpotensi untuk meragut nyawa.

Sumber: Daily Mail

The post Patah Leher, Empat Maut Gara-Gara Buat Cabaran TikTok  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*