Sama Tapi Tak Serupa, Chef Ammar Terangkan Beza Lamb Shank & Mutton Shank

beza lamb shank mutton shank

Sama Tapi Tak Serupa, Chef Ammar Terangkan Beza Lamb Shank & Mutton Shank

Ramai yang gemar makan daging tetapi tidak tahu mengenai perbezaan jenis daging kambing iaitu lamb dan juga mutton yang sering menjadi juadah pilihan ketika Ramadan.

Apabila singgah di pasar raya, pasti keliru untuk membuat pilihan memandangkan ia adalah dua jenis daging yang kelihatan seakan sama namun harganya sedikit berbeza.

Oleh hal yang demikian, ramai memilih untuk singgah atau berkunjung ke gerai nasi arab susulan mahu merasai lamb shank tersebut berbanding memasaknya sendiri.

Meskipun ia memberi jalan penyelesaian yang cepat dan mudah namun orang ramai perlu mempunyai sedikit pengetahuan berhubung beza lamb dan juga mutton.

Selepas bertahun menjalankan perniagaan nasi arab, cef terkenal iaitu Chef Ammar berkongsi kepada umum mengenai perbezaan dua jenis daging kambing itu.

Dalam satu rakaman video, Chef Ammar berkata dia merasakan dirinya perlu untuk menjelaskan mengenai persoalan yang sering timbul dalam kalangan orang ramai.

Kredit: @melantak_beb/TikTok

“Ada beza antara lamb shank and mutton. Lamb shank dia ‘pecah gigi’ dua kali sahaja dan selepas itu, orang sembelih. Maknanya ini ada 16 bulan, 15 bulan yang maksimum 24 bulan, maknanya dua tahun.

Lamb shank kalau lebih dari 500 gram (g) itu bukan lamb shank dan ia adalah mustahil. Itu merupakan mutton.

“Kita tak boleh nak cakap ini adalah lamb shank, kena ada keikhlasan dalam setiap pengetahuan, itu yang penting,” jelasnya dalam perkongsian video yang dimuat naik oleh @melantak_beb di TikTok.

Ujar Chef Ammar, saiz piawai lamb adalah tidak kurang daripada 450g dan maksimum daging kambing itu boleh cecah sehingga 560g.

“Saya cakap ini lamb shank, orang cakap kecil. Lamb shank standard saiz dia 14 sampai 18 oz, 450g hingga maksimum 560g.

“Ada beza antara lamb shank dan mutton shank,” tambahnya.

BACA: Chef Ammar Jelaskan Isu Caj Tambahan Pada Bungkusan Makanan

Daging kambing lamb

Kredit: AFP

Sebenarnya, dalam istilah bahasa Melayu, kedua-duanya memberi maksud kambing. Pun begitu, yang membezakan daging-daging tersebut ialah usianya.

Usia dua daging kambing tersebut memainkan peranan besar kepada kelembutan tekstur isinya.

Untuk lamb, ia merujuk kepada anak kambing yang berumur kurang dari setahun. Jadi di sini anda boleh mengetahui bahawa isi lamb adalah lebih lembut berbanding mutton.

Kebiasaannya, harga lamb ini agak mahal berbanding mutton kerana kualitinya dan rasanya juga tidak terlalu kuat.

Daging kambing mutton

Kredit: AFP

Manakala, untuk mutton pula ia adalah kambing biri-biri yang dewasa. Disebabkan itu dagingnya agak berat berbanding lamb.

Ia akan disembelih antara usia dua hingga tiga tahun dan teksturnya adalah warna merah yang pekat dan gelap, berbeza dengan lamb.

Mutton pula memiliki rasa kambing yang agak kuat dan bahagian yang paling disukai ramai adalah bahagian kaki dan bahu.

Daging mutton ini boleh dikatakan agak liat oleh kerana usianya yang mencecah sehingga tiga tahun itu.

@melantak_beb

Rupanya Ini Yang Terjadi di Gerai Chef Ammar King Of Lamb Shank kali ni chef ammar buka 2 cawangan di Bazar Putrajaya dan Di Bazar Stadium Shah Alam #foodiemalaysia #foodiemalaya #tiktokfood #makanlokal #melantakbeb #ramadan2023 #fyp #foryou #foryoupage #bazarramadan #bazarramadhan #bazarramadanstadiumshahalam #chefammar #chefammarbazzarramadan

♬ original sound – Melantak_Beb – Melantak_Beb

Sumber: @melantak_beb/TikTok, Jcom Mart

BACA: “Petang Sikit Make-up Dah Pecah,” 5 Rutin Wajib Buat Dari Sekarang Kalau Nak Kulit Cantik Masa Raya

The post Sama Tapi Tak Serupa, Chef Ammar Terangkan Beza Lamb Shank & Mutton Shank appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*