PBB Rayu Sumbangan RM16.53 Bilion Bantu Penduduk, Pelarian Ukraine

pbb sumbangan ukraine

PBB Rayu Sumbangan RM16.53 Bilion Bantu Penduduk, Pelarian Ukraine

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merayu untuk diberikan sumbangan sebanyak RM16.53 bilion bagi membantu komuniti Ukraine yang terjejas akibat perang serta pelarian di negara itu.

Lapor CNA, Ketua Bantuan PBB, Martin Griffiths berkata dengan tindakan rayuan tersebut PBB mampu menyediakan bantuan kemanusiaan yang lebih banyak ke negara dilanda perang itu.

“Puluhan ribu kanak-kanak tinggal dalam komuniti di barisan hadapan peperangan, ketakutan, trauma dan kehilangan keperluan asas mereka.

“Tindakan itu memaksa kami melakukan segala yang kami mampu untuk membawa lebih banyak bantuan kemanusiaan ke Ukraine,” katanya.

Lebih 14.6 juta orang atau 40 peratus daripada penduduk Ukraine dijangka memerlukan bantuan kemanusiaan tahun ini berikutan pencerobohan besar-besaran Rusia, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

BACA: PBB Jangka Lebih 500 Bencana Alam Berlaku Setiap Tahun Menjelang 2030

Mengulas lebih lanjut, OCHA berkata lebih 3.3 juta orang yang memerlukan bantuan tersebut tinggal dalam komuniti barisan hadapan di timur dan selatan Ukraine.

Jelas OCHA, ia juga termasuk di wilayah yang diduduki oleh Rusia di mana akses masih terhalang dengan ketara.

Oleh itu, OCHA meminta kira-kira RM14.1 bilion sebahagian daripada rayuan untuk membantu 8.5 juta orang yang sangat memerlukan bantuan kemanusiaan pada tahun ini.

Sementara itu, PBB juga dalam usaha untuk mendapatkan RM5.1 bilion bagi membantu 2.3 juta pelarian dan komuniti Ukraine.

Pencerobohan yang dilakukan Rusia atas arahan Presidennya, Vladimir Putin pada Februari 2022 memaksa kira-kira 6.3 juta rakyat Ukraine lari ke luar negara. 

Empat juta orang termasuk hampir satu juta kanak-kanak masih kekal kehilangan tempat tinggal di dalam negara, kata OCHA.

“Negara tuan rumah terus memberi sokongan dan membantu mereka hidup dalam komuniti tetapi ramai pelarian yang lemah masih memerlukan bantuan.

“Mereka tidak sepatutnya berasa tertekan untuk pulang semula kerana mengalami kesukaran untuk memenuhi keperluan hidup dalam buangan,” kata Pesuruhjaya Tinggi Pelarian PBB, Filippo Grandi.

Sumber: CNA

The post PBB Rayu Sumbangan RM16.53 Bilion Bantu Penduduk, Pelarian Ukraine appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*