Pekerja Hanya Diberi Bonus Penuh Jika Berjaya Bersenam 50 Km Sebulan

Pekerja hanya diberi bonus penuh

Pekerja Hanya Diberi Bonus Penuh Jika Berjaya Berlari 50 Km Sebulan

Sebuah syarikat di China dilapor hanya akan memberi bonus kepada pekerjanya yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Memetik Oddity Central, Guangdong Dongpo Paper memilih kaedah itu bagi menggantikan skim pemberian bonus lama yang berpandukan kepada prestasi kerja semata-mata.

Syarikat itu dikatakan mahu mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan pekerjanya dan bonus diberikan berdasarkan kekerapan mereka bersenam.

Sebagai contoh, seorang pekerja yang bersenam atau berjogging selama 50 km dalam tempoh sebulan layak mendapatkan bonus bulanan penuh.

Manakala yang bersenam selama 40km sebulan hanya akan menerima bonus sebanyak 60 peratus.

Bonus sebanyak 30 peratus pula diberikan kepada mereka yang melengkapkan senaman sejauh 30km sebulan.

Bonus tambahan akan diberi jika berjaya berlari lebih 100km sebulan

Selain itu, jika pekerja bersenam melebihi 100km sebulan, mereka akan diberikan bonus tambahan sebanyak 30 peratus selain bonus bulanan penuh.

Difahamkan, syarikat itu memiliki kira-kira 100 orang kakitangan.

Mengulas tentang skim tersebut, pemilik syarikat, Lin Zhiyong berkata, syarikatnya hanya dapat beroperasi dengan lancar sekiranya memiliki pekerja yang sihat.

“Perniagaan saya hanya boleh bertahan jika pekerja-pekerja saya semuanya sihat,” katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa amalan tersebut sebenarnya bukanlah satu perkara yang baru.

Sebaliknya, dia sudah menerapkan kepentingan bersukan dan beriadah kepada para pekerjanya sejak tiga tahun yang lalu.

Difahamkan, para pekerjanya perlu merekodkan aktiviti bersenam menerusi satu aplikasi yang dimuat turun dalam telefon bimbit masing-masing.

Selain berjogging, aktiviti fizikal yang lain seperti berjalan dengan pantas dan mendaki juga akan diambil kira dalam rekod km yang ditetapkan.

Lin Zhiyong juga menegaskan bahawa dia berbangga dengan prestasi pekerjanya dan program itu telah membuktikan kejayaan mereka selama ini.

Beliau juga memuji kerana semua pekerjanya berusaha gigih untuk bersenam setiap hari dan layak mendapat bonus penuh.

Pada masa yang sama, mereka turut mendapat tubuh badan yang sihat untuk terus bertugas.

Menurut media China, pekerja syarikat itu cukup gembira dengan program yang dijalankan oleh majikan mereka.

Katanya, program itu boleh diibaratkan sebagai ‘sambil menyelam minum air’, kerana selain mendapat bonus mereka juga mampu menjaga kesihatan diri.

BACA: Restoran Tular Di Teluk Intan Tiada Sijil Halal – JAIPk

Sumber: Oddity Central

The post Pekerja Hanya Diberi Bonus Penuh Jika Berjaya Bersenam 50 Km Sebulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*