“Jangan Simpan Tong Gas Di…” Awas, Risiko Menanti Kalau Abai 7 Tips Ini

tips simpan tong gas

“Jangan Simpan Tong Gas Di…” Awas, Risiko Menanti Kalau Abai 7 Tips Ini

Apabila melibatkan gas memasak, banyak yang perlu diambil berat, terutamanya cara penggunaan, penyediaan serta tempat yang perlu diletakkan bagi memastikan tong gas itu selamat daripada bahan berbahaya.

Kemungkinan ramai yang tidak tahu, penjagaan tong gas yang betul memainkan peranan penting kerana sekiranya tidak dijaga dengan baik, maka perkara yang tidak diingini akan terjadi.

Seperti baru-baru ini, satu kejadian yang tidak dijangka berlaku di mana sebuah kereta terbakar selepas tong gas yang ditinggalkan di dalam kenderaan itu meletup.

Jadi bagaimana penggunaan tong gas yang betul? Ini merupakan panduan dan tips yang dikongsikan oleh Royal Malaysia Police (RMP) berkaitan dengan tong gas memasak.

Panduan keselamatan itu telah disyorkan oleh Petronas supaya tong gas dapat dikendalikan dengan baik dan selamat.

#JomBeringat: Panduan Keselamatan Berkaitan Penggunaan Tong Gas

Kredit: BERNAMA

1. Tong gas perlu diletakkan antara jarak 1 ke 1.5 meter dengan alat memasak 

Alat memasak perlu mempunyai jarak antara satu hingga 1.5 meter dengan tong gas.

Ia perlu diletakkan lebih tinggi daripada keberadaan tong gas supaya kurang risiko kebakaran.

2. Simpan di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik dan jangan diletakkan di tempat tertutup

Perkara ini adalah penting kerana ruang yang tertutup dipercayai memberikan tekanan yang kuat & berisiko untuk letupan.

Dalam masa sama, sekiranya berlaku kebocoran gas, maka senang untuk kesan dan bertindak (tukar hos baharu dan seumpamanya).

Sekiranya mahu simpan di tempat yang tertutup, pastikan ia mempunyai pengaliran udara yang baik supaya boleh hidu kebocoran gas.

3. Tong gas keluarkan bau pelik, busuk itu tanda kebocoran

Sekiranya sedang memasak dan tiba-tiba terhidu bau pelik (gas) tapi tidak tahu puncanya, itu berkemungkinan besar tong gas yang digunakan mengalami kebocoran.

Apa yang perlu dibuat ialah berhenti memasak sebentar, kemudian tutup semua punca api dan elakkan menggunakan peralatan elektrik untuk seketika.

Kemudian telefon orang yang mahir mengenai tong gas seperti bomba dan dapatkan pertolongan daripada mereka (mengikut masalah yang berlaku).

BACA: Wanita Cedera Parah Akibat Tong Gas Memasak Meletup, Meninggal Dunia

4. Guna air sabun untuk kesan kebocoran gas

Bagi yang tidak tahu sekiranya tong gas mengalami kebocoran atau tidak, pastikan tanda-tanda awal seperti terdapat bau tengik dan busuk dapat dikenal pasti.

Setelah itu, ambil air yang dibancuh dengan sabun, kemudian sapukannya di kawasan yang disyaki mengalami kebocoran.

Kawasan bocor itu akan menghasilkan gelembung buih dan setelah itu, pertukaran tong gas atau hos boleh dilakukan.

5. Nyalakan api sebelum menghidupkan dapur

6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik 

Adalah penting untuk memastikan tong gas mendapat pengudaraan yang baik ketika diletakkan di dalam rumah.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak meninggalkan dapur ketika sedang memasak kerana berisiko berlaku kebakaran jika tidak diselia dengan baik.

7. Jika tidak guna tong gas, tutup peralatan memasak dan buka injap alur gas

Cara ini boleh diguna pakai sekiranya anda meninggalkan rumah untuk tempoh masa yang lama seperti pulang ke kampung halaman lebih tiga hari atau seumpamanya.

Sumber: RMP, Ac gas,

The post “Jangan Simpan Tong Gas Di…” Awas, Risiko Menanti Kalau Abai 7 Tips Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*