Pelajar junior dakwa diliwat oleh ‘Gemuk’ selama 2 jam dalam bilik asrama

Seorang pelajar asrama berusia 16 tahun di sebuah pusat pengajian di Langkawi mendakwa telah diliwat oleh pelajar senior dalam kejadian Ahad lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1 pagi di mana mangsa telah dipanggil datang ke bilik suspek berusia 19 tahun.

Sebaik saja mangsa masuk ke dalam bilik, suspek terus meliwat mangsa selama dua jam.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa membuat laporan berhubung kejadian kerana mahu kejadian menimpa dirinya diambil tindakan oleh polis selain untuk pemeriksaan di hospital.

“Mangsa dalam laporan itu turut mendakwa kejadian itu (liwat) berlarutan sehingga dua jam,” katanya.

Bertindak di atas maklumat, polis telah menahan suspek pada jam 8.15 Isnin lalu untuk disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

BACA: Lelaki warga emas ‘ratah’ anak tiri sejak usia 12 tahun ketika tinggal berdua di rumah

Sumber: Harian Metro

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*