Pelajar Malaysia Berjaya Pecah Rekod Dunia, Susun Papan Catur Paling Pantas

Pelajar Malaysia pecah rekod

Pelajar Malaysia Berjaya Pecah Rekod Dunia, Susun Papan Catur Paling Pantas

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Malaysia berjaya memecahkan rekod dunia dengan menyusun papan catur sambil mata tertutup dalam masa yang singkat, lapor Rekod Dunia Guiness.

Rekod Dunia Guiness mengumumkan Punithamalar Rajashekar sebagai pemegang rekod terbaru selepas mencatatkan masa hanya 45.72 saat.

Punithamalar juga dikatakan merupakan pemain terhandal dalam pasukan catur di sekolahnya.

Punithamalar yang bermula main catur pada usia lima tahun itu berkata, dia telah menonton video pemegang rekod terdahulu untuk mengkaji teknik mereka sebelum memecahkan rekod itu.

Selain itu, pelajar tersebut juga adalah ahli berdaftar FIDE, iaitu sebuah Persekutuan Catur Antarabangsa.

“Ayah saya adalah jurulatih saya dan kami bermain bersama hampir setiap hari,” katanya kepada Rekod Dunia Guiness.

Menurut Punithamalar, dia mendapat idea untuk mencuba rekod dunia itu selepas menonton dokumentari tentang pencapaian luar biasa manusia.

“Melihat orang ramai berusaha keras dan melakukan pencapaian luar biasa benar-benar memberi inspirasi kepada saya.

“Saya sangat tertarik dengan idea untuk menetapkan matlamat peribadi dan mendorong diri saya mengatasi kemampuan saya serta mencuba memecahkan rekod dunia,” jelasnya.

Difahamkan, Punithamalar juga pernah menyertai acara Kids Got Talent dan macam-macam lagi pertandingan yang menyerlahkan bakatnya.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

“Saya telah menyertai pelbagai acara seperti Kids Got Talent dan merasakan bahawa saya mahu melakukan lebih banyak lagi pengiktirafan.

“Ayah saya mencadangkan agar saya memberi tumpuan kepada minat saya, jadi saya dan keluarga memutuskan untuk memecahkan rekod ini,” cerita Punithamalar lagi.

Selain bermain catur, Punithamalar juga gemar menghafal fakta dan gambar serta pernah menyertai pelbagai pertandingan di sekolah.

Subjek kegemarannya ialah matematik dan cita-citanya apabila dewasa kelak adalah sebagai seorang saintis angkasa lepas.

Juara catur muda itu juga mendedahkan bahawa dia berhasrat untuk mencuba satu lagi rekod dalam kategori lain.

BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil

Sumber: Guiness World Records

The post Pelajar Malaysia Berjaya Pecah Rekod Dunia, Susun Papan Catur Paling Pantas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*