Pelajar Malaysia No. 1 Global Dalam Peperikasaan ACCA

Pelajar Malaysia No. 1 ACCA

Pelajar Malaysia No. 1 Global Dalam Peperikasaan ACCA

Pelajar Malaysia, Lim Hui Ning dan Jeevanandini R Karunagaran masing-masing berjaya menghuni tangga pertama di peringkat global dalam peperiksaan ACCA.

Kedudukan itu diperolehi menenerusi peperiksaan kertas Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Kewangan Lanjutan.

Menurut laporan Astro Ulagam, seramai 107,142 pelajar dari seluruh dunia menduduki peperiksaan ACCA bagi sesi Disember 2022.

Pelajar Malaysia lain no. 1 global peperiksaan ACCA

Namun yang menariknya, ramai pelajar dari Malaysia yang menduduki peperiksaan tersebut berjaya meraih kedudukan 20 teratas dalam senarai calon antarabangsa.

Menurut Sunway University, beberapa pelajar Asasi Perakaunan iaitu Luqman Hirzan Masri, Ahmad Imanul Nor Afandi dan Nur Afrina Khairul meraih tempat pertama di Malaysia dan di seluruh dunia untuk kertas Perekodan Transaksi Kewangan.

Manakala, Muhammad Faris Izzuddin Mohd Ridza pula berada di tempat pertama untuk kertas Maklumat Pengurusan.

Apakah itu ACCA?

ACCA merupakan singkatan bagi Pelajar Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (Association of Chartered Certified Accountants), turut dikenali sebagai badan perakaunan profesional di dunia.

Setiap tahun, kebanyakan pelajar akan mengambil peperiksaan tersebut untuk menjadi seorang akauntan yang diiktiraf. Di peringkat global, ia bukan lagi rahsia bahawa ACCA adalah salah satu peperiksaan yang paling sukar di dunia.

Kunci bagi pintu kejayaan pelajar cemerlang ACCA

Pihak Astro telah bertanya Jeevanandini mengenai resepi kejayaannya dalam peperiksaan ACCA baru-baru ini.

Dalam temu bual itu, Jeevanandini Secara berkata konsistensi merupakan faktor utama bagi mana-mana pelajar yang mahu mendapatkan keputusan cemerlang.

“Untuk memastikan saya bersedia, saya akan cuba menguasai topik-topik dalam masa yang ditetapkan melalui kertas soalan peperiksaan ACCA pada tahun-tahun lepas.

“Berkerja secara sepenuh masa di TNB dan belajar secara separuh masa adalah sangat mencabar. Walau bagaimanapun, saya telah meletakkan hati dan jiwa padanya, letakkan kepercayaan pada diri saya untuk mengharungi perjalanan ini.

“Saya telah melakukan banyak pengorbanan sepanjang jalan ini bagi memastikan saya berada di landasan yang tepat bagi mencapai matlamat saya.

“Kejayaan yang diperolehi sudah semestinya sangat setimpal dan bermakna,” katanya.

Pencapaian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi semua rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang sedang berjuang di menara gading.

BACA: Terengganu Taja ‘Bulan Madu Kedua’ Bantu Pasangan Bermasalah

Sumber: Astro Ulagam

The post Pelajar Malaysia No. 1 Global Dalam Peperikasaan ACCA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*