Pelajar Tingkatan Dua Maut, Kemalangan Dengan Lori Buat “U-turn”

pelajar maut lori u-turn

Pelajar Tingkatan Dua Maut, Kemalangan Dengan Lori Buat “U-turn”

Seorang murid tingkatan dua maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang sedang membuat pusingan U.

Memetik laporan Astro Awani, nahas tersebut berlaku kira-kira 1.50 petang tadi di KM 17 Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang, berhampiran Kampung Binjai Rendah, di Marang.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketika kejadian, mangsa sedang menunggang sebuah motosikal model Modenis Kriss dari arah Kuala Terengganu, menghala ke Kuala Berang.

Sejurus tiba di kawasan kemalangan, sebuah lori yang dipandu warga emas yang berusia dalam lingkungan 70 tahun membuat pusingan U di kawasan yang dibenarkan. Lori tersebut dalam perjalanan dari Kuala Berang menghala ke Kuala Terengganu.

Pada masa yang sama, mangsa juga tiba di lokasi lori tersebut sedang membuat pusingan U. Akibat jarak antara kedua-duanya yang sudah dekat, mangsa gagal mengelak dan kemalangan berlaku.

Polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku.

BACA: Polis Kesan Pemilik Kenderaan Tabur Paku Di Jalan Raya

Sumber: Astro Awani

The post Pelajar Tingkatan Dua Maut, Kemalangan Dengan Lori Buat “U-turn” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*