Pemandu Uber Pemurah, Derma Buah Pinggang Kepada Penumpang

pemandu Uber derma buah pinggang

Pemandu Uber Pemurah, Derma Buah Pinggang Kepada Penumpang

Seorang pemandu Uber berhati mulia sanggup menderma buah pinggang kepada seorang penumpang yang hanya beberapa minit dikenalinya.

Menerusi laporan Times News Now, pemandu Uber berkenaan, Tim Letts bertemu dengan pesakit buah pinggang itu ketika menghantarnya ke pusat dialisis.

Difahamkan, Tim dan penumpang berkenaan, Bill Sumiel berbual berkenaan pelbagai perkara termasuk masalah kesihatan Sumiel.

Selepas tiba di pusat dialisis tersebut, Letts kemudian mengambil keputusan untuk menderma buah pinggangnya bagi meringankan penderitaan yang ditanggung Sumiel.

Menerusi satu hantaran di Instagram, selepas mendengar kisah Sumiel, Letts beranggapan ada sebabnya kenapa Tuhan mempertemukan mereka berdua.

Selepas melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital, buah pinggang yang hendak didermakan oleh Letts disahkan sesuai dengan Sumiel. Mereka kemudiannya menjalani pembedahan pemindahan organ tersebut.

Pemandu Uber nekad derma buah pinggang selepas mendengar kisah penumpangnya

”Setahun selepas menjalani pembedahan, keadaan kesihatan Sumiel bertambah baik. Manakala Letts kini menetap di Jerman. Kedua-dua mereka kekal berhubung antara satu sama lain dan Sumiel menganggap Letts adalah sahabat baik yang menyelamatkan nyawanya,” kata IG tersebut lagi.

Kisah tersebut pantas mendapat perhatian warga maya yang mengagumi sifat pemurah dan kesanggupan yang ditunjukkan oleh Letts.

”Saya harap ada pihak yang sanggup menderma buah pinggang kepada ahli keluarga saya yang terpaksa menjalani dialisis sejak 8 tahun lalu,” kata seorang individu.

Manakala seorang lagi warga maya percaya kisah Letts dan Sumiel ini adalah kisah berkenaan sifat pemurah yang terbaik pernah dibacanya.

”Ini mungkin satu tindakan sifat pemurah dan paling tidak pentingkan diri sendiri pernah saya baca. Saya hilang kata-kata. Semoga Tuhan merahmati mereka berdua,” katanya.

 

BACA: Perjuangkan Pengeluaran Khas KWSP, Lelaki Nekad Jalan 340km Dari JB Ke Istana Negara

Lebih 10,000 pesakit menanti transplan organ di Malaysia

Menurut laman Dermaorgan.gov, terdapat 10,077 pesakit yang sedang menanti transplan organ daripada penderma selepas kematian setakat ini.

Daripada jumlah berkenaan, 9,810 orang dewasa dan 242 orang kanak-kanak adalah mereka yang menunggu transplan buah pinggang.

Bagi mereka yang berhati mulia dan berhajat untuk menjadi pengikrar menderma organ buah pinggang selepas kematian, anda boleh dapatkan maklumat disini https://www.dermaorgan.gov.my/jomikrar/.

Sumber: Time News Now

The post Pemandu Uber Pemurah, Derma Buah Pinggang Kepada Penumpang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*