Pelakon Korea Selatan Park Soo Ryun Meninggal Dunia Akibat Jatuh Tangga

park soo ryun meninggal dunia

Pelakon Korea Selatan Park Soo Ryun Meninggal Dunia Akibat Jatuh Tangga

Pelakon muzikal Korea Selatan, Park Soo Ryun dilapor meninggal dunia pada Ahad lalu akibat terjatuh dari tangga semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, lapor NDTV.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku sehari sebelum persembahan muzikalnya yang dijadualkan berlangsung di Pulau Jeju.

Pelakon berusia 29 tahun itu kemudiannya dikejarkan ke hospital namun doktor mengesahkan otaknya telah mati (berfungsi).

Dalam pada itu, keluarganya memutuskan untuk mendermakan organ mereka untuk menghormati kematiannya.

“Hanya otaknya yang telah mati, dan jantungnya masih berdegup. Mesti ada seseorang yang sangat memerlukan (organ).

“Sebagai ibu dan bapanya, kami akan dapat hidup dengan selesa (dengan memikirkan bahawa hatinya) berada di badan seseorang dan sedang berdegup,” kata ibunya.

Menurut Soompi, bilik mayat Park Soo Ryun terletak di Hospital Suwon Pusat Perubatan Wilayah Gyeonggi.

Upacara terakhirnya berlangsung pada Isnin dan perarakan untuk menghormatinya diadakan pada hari ini.

Untuk rekod, Park Soo Ryun memulakan kerjayanya pada tahun 2018 menerusi persembahan muzikal kreatif il tenore dan muncul dalam pelbagai muzikal seperti Finding Kim Jong Wook, Passing Through Love, Siddhartha dan The Day We Loved.

Dia juga muncul dalam drama bersejarah JTBC Snowdrop bersama Jisoo Blackpink dan Jung Hae In.

Dalam drama siri itu, dia memainkan peranan sebagai pelajar universiti yang ditahan dan kemudiannya dibebaskan oleh pihak berkuasa.

BACA: Pelakon, Tiga Rakan Didakwa Edar Dadah

Pelakon dan model Korea Selatan, Jung Chae Yul meninggal dunia

Dua bulan lalu, media melaporkan pelakon dan model  Korea Selatan, Jung Chae Yul dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun, lapor Koreaboo.com.

Menurut laporan Star News, pelakon terbabit ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumah. Pihak pengurusannya dalam satu kenyataan mengesahkan kematian Chae Yul.

“Kami di sini ingin menyampaikan berita yang menyayat hati. Chae Yul telah meninggalkan kami.

“Majlis pengebumian akan diadakan secara tertutup atas kehendak keluarga mendiang. Kami berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan Chae Yul agar dapat berehat dengan tenang di sana,” maklum kenyataan tersebut.

Sumber: NDTV, Soompi

BACA: Miliki Pendapatan Berbilion Dolar, Kenali 10 Pelakon Terkaya Di Dunia Pada 2023

The post Pelakon Korea Selatan Park Soo Ryun Meninggal Dunia Akibat Jatuh Tangga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*