Pelakon TS Michelle Yeoh Berkahwin Dengan Jean Todt Selepas 19 Tahun Jalin Hubungan

michelle yeoh jean todt

Pelakon TS Michelle Yeoh Berkahwin Dengan Jean Todt Selepas 19 Tahun Jalin Hubungan

Pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh selamat berkahwin dengan tunangnya, Jean Todt selepas 19 tahun menjalin hubungan percintaan.

Pasangan tersebut disatukan dalam satu majlis pada Khamis yang diadakan di Geneva, Switzerland. Majlis perkahwinan berkenaan dihadiri kenalan rapat dan ahli keluarga pasangan tersebut.

Berita gembira tersebut kali pertama diketahui umum selepas dikongsikan oleh pelumba F1, Felipe Massa menerusi satu hantaran Instagram pada Jumaat.

“Selamat Hari Perkahwinan Jean Todt dan Michelle Yeoh. Saya sayang kamu berdua sangat-sangat.”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Felipe Massa (@massafelipe)

Todt, 77, dilaporkan kali pertama bertemu dengan TS Michelle, 60, di Shanghai, China pada 4 Jun 2004. Selepas satu bulan setengah berpacaran, legenda F1 asal Perancis dan individu penting dalam F1 itu telah melamar pelakon berkenaan pada 26 Julai 2004.

Daripada foto-foto yang dikongsikan Massa, TS Michelle mengenakan gaya yang anggun dan elegan ketika hari pentingnya. Beliau memakai pakaian serba putih ketika upacara pernikahan tersebut.

Ketika majlis resepsi pula, pelakon asal Malaysia tersebut telah mengenakan gaun berwarna champagne beserta korset pada bahagian pinggan.

Sementara itu, pengantin lelaki pula kelihatan segak bergaya dalam pakaian suit berwarna biru navy.

Kisah cinta mereka dipenuhi dengan bibit romantis. Pada 2022, TS Michelle telah mendokumentasikan perjalanan 6,000 hari bersama pasangannya menerusi hantaran Instagram.

Mereka juga sering meluangkan masa bersama-sama dan menempuh perjalanan hidup sebagai suami isteri pada hari yang akan mendatang.

Boleh disimpulkan tahun ini merupakan tahun yang cukup bermakna buat TS Michelle. Pada Mac, beliau telah melakar sejarah menjadi wanita Asia pertama yang memenangi Anugerah Akademik bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik

Beliau telah memenangi anugerah tersebut menerusi wataknya, Evelyn Quan Wang yang dilakonkan dalam filem Everything Everywhere All At Once (2022).

Penyatuan ini merupakan perkahwinan kedua bagi kedua-dua pasangan. Todt memiliki seorang anak lelaki, Nicolas daripada hubungan sebelumnya.

Manakala, Yeoh pernah berkahwin dengan seorang Jutawan Hong Kong, Dickson Poon dari 1988 hingga 1991.

BACA: Ramai Alpa, Rupanya Ini Maksud, Fungsi & Cara Nak Guna Trip A & Trip B Pada Meter Kereta

Sumber: The Straits Times

The post Pelakon TS Michelle Yeoh Berkahwin Dengan Jean Todt Selepas 19 Tahun Jalin Hubungan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*