Azhan Rani Kesal Penonton Tengok Drama Khunsa Di Telegram, “Itu Cetak Rompak”

Penonton Tengok Drama Khunsa Di Telegram, Azhan Rani Luah Rasa Kesal

Azhan Rani Kesal Penonton Tengok Drama Khunsa Di Telegram, “Itu Cetak Rompak”

Pelakon, Azhan Rani hari ini meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan segelintir warga maya yang menonton drama terbaru dibintanginya, Khunsa melalui Telegram.

Melalui Instagram, Azhan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak beretika, apatah lagi jika dikongsikan dengan orang ramai di media sosial.

Bersama hantaran berkenaan, pelakon tersebut turut berkongsi satu tangkap layar yang menunjukkan seorang individu secara terbuka mengakui menonton drama itu secara tidak sah.

“Kalau tengok dekat Telegram, tolonglah jangan beritahu kami. Siaran di Telegram ini cetak rompak, siaran tanpa izin,” katanya.

Penonton Tengok Drama Khunsa Di Telegram, Azhan Rani Luah Rasa Kesal
Sumber: Azhan Rani via Instagram

Berdasarkan hantaran berkenaan, individu itu bertindak menonton Khunsa di Telegram kerana rumahnya tidak melanggan perkhidmatan Astro.

“Penggambaran kami untuk menghasilkan Khunsa tidak mudah. Daripada November tahun lepas sampai hari ini pun masih belum selesai lagi.

“Macam-macam cabaran dan rintangan yang kalau diceritakan pun tiada orang nak kisah,” katanya lagi.

Kata Azhan, tindak individu itu berkongsi secara terbuka perbuatannya telah melukakan hati dan perasaan penggiat seni sepertinya.

“Usaha dan penat lelah kami sangat tidak berbaloi,” ujar Azhan.

Untuk pengetahuan pembaca, Khunsa adalah drama terbaru yang ditayang di Astro. Drama berkenaan diarahkan oleh pengarah berbakat, Sharulezad Mohameddin.

Selain Azhar Rani, drama berkenaan turut dibintangi Nadia Aqilah, Sherry Alhadad dan ramai lagi.

Menonton cetak rompak tidak hormat penggiat seni dan industri hiburan

Semua orang mahukan hiburan, dan ini boleh sahaja didapatkan secara percuma dalam zaman serba moden ini. Namun, masyarakat perlu membuka mata bahawa perbuatan ini adalah seolah-olah ‘merompak’ karya orang dan tidak menghormati industri hiburan serta penggiat seni.

Bukan itu sahaja, ia turut merugikan pekerja belakang tabir yang telah menghabiskan banyak masa dan usaha menghasilkan kandungan tersebut.

Cetak rompak adalah kegiatan buruk yang mampu melumpuhkan semangat penggiat seni dan industri hiburan tanah air. Tanpa pulangan yang setimpal, penggiat seni mungkin tidak dapat terus berkarya dan menghasilkan kandungan yang berkualiti di masa hadapan.

Industri hiburan adalah kerjaya profesional yang turut menyumbang kepada ekonomi negara. Oleh itu, adalah penting bagi orang ramai untuk menyokong industri hiburan serta menghargai karya seni secara sah demi pembangunan budaya dan kreativiti di tanah air.

BACA: Kenapa Pintu Penumpang Naik Pesawat Selalu Belah Kiri? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Sumber: Azhan Rani via Instagram

The post Azhan Rani Kesal Penonton Tengok Drama Khunsa Di Telegram, “Itu Cetak Rompak” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*