Pelancong Switzerland ambil masa empat hari belajar tarian harimau

IPOH – Pelancong yang berasal dari Switzerland, Roberto Pecorari mengambil masa kira-kira empat hari untuk belajar bermain dram dan mengambil bahagian dalam persembahan tarian harimau di Bazar Tahun Baru Cina hari ini.

Dengan berpakaian serba hitam, lelaki berusia 56 tahun itu memukul gendang besar selama kira-kira setengah jam dalam persembahannya di Bazar Tahun Baru Cina di Lorong Seni @ Lorong Panglima di sini, hari ini.

Roberto mengakui bukan mudah untuk belajar dan bermain dram besar kerana memerlukan tenaga dan perlu diselaraskan dengan irama kerana dia tidak mempunyai latar belakang asas dalam mana-mana alat muzik.

Roberto berkata, dia telah menjadi ahli Persatuan Chin Woo di kampung halamannya sejak 2004 dan sebaik berada di sini, dia mengambil peluang melawat persatuan tersebut seterusnya memutuskan untuk belajar dan bermain dram.

“Setiba di Ipoh, saya pergi ke Persatuan Olahraga Chin Woo Cina Ipoh dan berkenalan dengan semua ahli di sini sebelum menyertai mereka dan mengambil bahagian dalam persembahan hari ini.

“Dulu di Switzerland, saya belajar karate dengan persatuan itu semasa kecil.

“Jadi apabila berada di Ipoh di sini, saya mengambil peluang untuk belajar dan bermain dram,” katanya ketika ditemui pada majlis itu di sini hari ini.

Roberto berkata, dia tiba di Ipoh pada Rabu lalu dan akan tinggal di sini sehingga 17 Januari sebelum terbang pulang ke kampung halamannya.

“Ia adalah satu pengalaman yang baik untuk belajar dan bermain dram. Saya telah mengimpikan bermainnya dan tidak membuang masa apabila saya berada di Ipoh, terutamanya ketika orang ramai menyambut Tahun Baru Cina.

“Ia benar-benar hebat berada di sini dan saya berasa bertuah kerana dapat melakukan ini dengan sokongan daripada masyarakat dan orang ramai yang telah mengalu-alukan saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pelancong Switzerland ambil masa empat hari belajar tarian harimau appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*