Pemain Bola Sepak Costa Rica Maut Dibaham Buaya

Pemain bola sepak Costa Rica dibaham buaya

Pemain Bola Sepak Costa Rica Maut Dibaham Buaya

Seorang pemain bola sepak Costa Rica dilapor meninggal dunia secara tragis selepas dibaham buaya ketika berenang di sungai untuk menyejukkan badan, lapor Daily Mail.

Jesus Alberto Lopez Ortiz atau lebih dikenali sebagai ‘Chucho’, meninggal dunia selepas dia dibunuh oleh reptilia ganas itu pada 29 Julai lalu.

Ketika kejadian, Chucho dikatakan cuba menyejukkan diri di sungai di Rio Canas, Wilayah Guanacaste di Costa Rica.

Imej ngeri bapa kepada dua orang anak itu menunjukkan dia sedang bertarung nyawa ketika dilihat dibawa pergi oleh haiwan itu di rahangnya.

Kredit Jam Press

Sebuah lagi klip video menunjukkan buaya itu ditembak mati di dalam air dan dibawa ke tebing sungai oleh penduduk tempatan.

Kredit Jam Press

Penduduk tempatan mengatakan bahawa mereka mengikuti buaya itu dengan sampan untuk mendapatkan semula mayat Chucho.

Dalam pada itu, keluarga Chucho merayu kepada orang ramai untuk membantu mereka membayar kos pengebumian pemain bola sepak tersebut.

Pengurus pasukannya, Luis Carlos Montes, turut menganjurkan kutipan sumbangan untuk keluarga mangsa.

Pasukannya berkata dalam hantaran di media sosial: “Kami akan mengingati anda dalam pelbagai aspek kehidupan sukan anda sebagai jurulatih, pemain dan juga sebagai bapa. Awak akan hidup dalam hati kami Chucho, pergilah kawan.”

Kredit Jam Press

Sementara itu, Kementerian Alam Sekitar dan Tenaga Costa Rica telah melarang pemburuan atau pembunuhan haiwan yang dilindungi seperti buaya.

Pada masa ini, tidak diketahui sama ada jabatan itu sedang meneliti keputusan penduduk tempatan untu membunuh buaya itu supaya mayat mangsa dapat diambil semula.

Polis tempatan berkata dalam satu kenyataan: “Perlu dijelaskan bahawa semua usaha dilakukan untuk menyelamatkan mayat si mati tanpa menyebabkan kerosakan pada reptilia itu. Namun ia sudah tiada cara lain.”

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Terdahulu, seorang wanita di Kabupaten Ketapang, Kalimantan Barat dilaporkan diterkam buaya ketika mengambil air di sungai, lapor Detik.com.

Wanita berusia 38 tahun itu yang merupakan pekerja kelapa sawit dilaporkan terselamat walaupun mengalami luka gigitan di beberapa bahagian badannya.

“Mangsa adalah pekerja kelapa sawit dari Nusa Tenggara Timur (NTT). Saat itu dia sedang mengambil air untuk menyembur racun di sungai,” kata Ketua Polis Daerah Ketapang AKBP Tommy Ferdian.

Sumber: Daily Mail

The post Pemain Bola Sepak Costa Rica Maut Dibaham Buaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*